Terlalu indah buat insan lain
tapi pada aku ia begitu pahit
sukar untuk aku menerima seadanya
sukar untuk menyaksikan semuanya
kerana kudratku kontang
tidak dapat ku layarkan impian
ini, biarlah ku pendam dulu
biarkan ia menagih pada kereleaan yang hampa
biarlah kecewa berdendang rancak
menyepikan tawa ku,
Tidak ku sanggup begini namun
arus harus ku tongkah demi
waktu yang bertindih masa
Pada siapaku ceritakan?
1 comment:
Berbicaralah pada angin berlalu...berbisiklah pada senja berlabuh...luahkanlah pada laut nan terbentang luas,biar dilenyapkannya keresahan itu dalam deruman ombak yang menghempas pantai.
Post a Comment