Seharian bersimpuh di sini,
trauma pada perasaan takut akan
kehilanganmu,
diriku gugup akan ketiadaanmu
kerana kehadiranmu cukup
memeritkan bukan kerana aku
tidak menyayangimu tapi...
cinta ini bukan milik kita
aku begitu akur dengan kehendak
yang mendatang, untuk melawan
tiada sempat aku
detik sering berlalu meninggalkan
firasatku cuma satu
Jangan tinggalkan kenangan kita.
No comments:
Post a Comment