Daku menjejaki pantai rindu
menyusur pada hamparan kasih
yang berciciran, meniti sisir angin
lara yang menyentuh lembut pada
tangkai hati, getar jiwa
meneguhkan lagi sayang ini
Jangan mudah untuk melepaskan ini
kerana bukan mudah untuk aku meraih
kasihmu, ini bukan ku pinta
tapi andai tiada dirimu
mampukah aku berdiri sendiri
menyandar keseorangan
Andai tidak kita bersama
cuma satu inginkan
ikhlas dari hatimu bayu mu
Jangan lupuskan kenangan kita
walau cuma sekilas...
Pada aku ia begitu bermakna.
No comments:
Post a Comment