Pages

Saturday, March 27, 2010

Sebuah Kesedaran Pahit

Menatap pada wajah manismu, membisukan pertanyaan aku yang telah sekian lama terbuku. Aku tidak berani bersuara lantas bermadah manis. Jujurnya aku tidak mahu perasaan benci itu menguasai kita. Lantas aku mengambil pintas membisu. Biarlah mata ini dan perasaan ini ditarah sekali lagi atas keegoanmu, namun ia tidak bermaksud untuk aku mengalah, malah ia mengajar aku erti kehidupan ini. Kehidupan tanpamu mungkin lebih manis atau lebih pahit. Aku tidak berani berjudi kasih.
Cuma satu, berikanlah aku kekuatan untuk hidup tanpamu, kekuatan untuk aku terus bertandang di laman sepi ini. Biarkan aku menjadi pungguk yang setia pada sinar rembulan. Biar aku menjadi pantai menemani desiran ombak. Aku sedar bahawa pengalaman yang kita cipta dulu manisnya lebih pahitnya kurang.
Di sini aku terus mendendangkan sebuah nyanyian tanpa melodi, menari tanpa irama, berlagu tanpa suara.....biarlah masa menemai aku untuk terus menginjak pada tanah rata ini....

No comments: