Termaktub semuanya, jelas....tidak perlu diungkit lagi. Antara aku dan dirimua memang selamanya, tiada yang menjadi penghalang. Cebisan-cebisan kenangan lalu hanyalah tinggal sejarah dan untuk kita jadikan suluh hati. Manalah tau kita berdua tersesat menongkah kebahagiaan. Kadang, benar bicaramu kelmarin, kadang kala kita bertengkar adalah lumrah dalam perhubungan, aku seadanya menerima dengan hati yang terbuka, kerana kadang kesilapan tu berpunca dari aku sendiri. Bak madahmu aku memang lemah dalam emosi, selalu saja terganggu, bukan apa, kerana aku pernah terkapa-kapa dahulu mencari kepastian tentang siapa aku sebenarnya. Aku benar-benar kontang perasaan dan hati. Masakan orang lain begitu bahagia menjalankan rutin hidup. Tapi aku terpenjara dalam kebebasan aku bersuara. Aku pernah gugur suatu ketika, kerana tak matang dek akal lah aku terkontang kanting mencari semula kebahagiaan yang aku cipta dahulu.
Untuk dirimu, aku benar-benar mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kerana memahami siapa aku. Aku tak hipokrit dalam semua benda,malah mencuba sejujur mungkin. Itulah sikap aku, terlalu jujur, naif tentang semuanya. Kerana satu tujuan aku, aku nak tau dirimua tau siapa aku, dan aku tak perlu sembunyikan apa-apa. Aku tetap seperti dulu, cuma kadang kala aku memerlukan ruang waktu untuk berfikir tentang masalah yang aku alami. Otak ni memang letih dah tuk berfikir luas, cuba nak belajar cara memahami dirimu itu saja. Yang lain dah tak kisah sangat. Apa-apa pun kisah ini akan bersambung.....
No comments:
Post a Comment