Pages

Tuesday, February 15, 2011

Kembali

Terlalu lama rasanya aku tidak menjengah ke laman kesayangan ini, sayu tiada berpenghuni. Entah untuk apa sebenarnya anjung ini? Adakah untuk tatapan aku seorang diri? Meluah segala bukuan di hati.....samar-samar terasa melirik di sudut ragu. Namun, aku terus menginjak di sini walaupun payah jemari menaip mainan bahasa. Terasa aku makin kehilangan taring berbahasa, mungkin kerana aku kurang menghayati puitis-puitis indah yang selalu merayu hati untuk di jamah.

Ya, aku tekad untuk terus kembali ke sini, bertandang menjenguk andai sesiapa yang datang bertamu. Kesian tuan rumah sibuk di rumah baru. Rumah lama ini usang.

Bertalu kesepian menemani kehidupan lalu, kini semangat aku kembali pulih sediakala, Namun, ada saja dalang disebalik kebahagiaan fantasi yang aku kecapi. Aku masih bingung dengan segala yang terkandung dalam tempurung kepala aku ini. Makin lama makin parah pening aku. Makin bertalu aku pitam. aduhhhh.....

Apa yang harus aku lakukan???

No comments: