Satu persatulah tinggalkan diriku.....
Namun aku teruskan hidup ini, menongkah arus sendirian lagi, perjalanan ini memerlukan ketabahan, langkah ini memerlukan kecekalan, aku pernah gugur bersama angin rindu, aku pernah hilang arah bersama bayu cinta.
Langit tidak selalunya mendung, Tuhan menurunkan hujan lalu menghadiahkan aku pelangi. Cuma aku berharap pelangi ini sentiasa menerangi jalanku yang sangat memerlukan sinar.
Jangan buat mendung di hatiku....kerana ia sangat menyakitkan. Aku cuma berharap pertemuan kali ini memberikan seribu kemanisan yang berpanjangan. Walau kita berdua sudah pasti tahu akan kesudahan yang tidak akan berpanjangan, tapi perjuangan cinta kini harus diteruskan dan diiring.....
Kekalnya kita untuk bersama mungkin tidak, kerana aku tau keutamaan bukan pada aku, aku hanya singgah sementara, kerana aku bukan akan abadi bersamamu, tapi aku berusaha untuk mengekalkan diri di sudut ini.
Bukan senang menapakkan diri di sini tanpa kelibatmu bersama, seharian disini akan aku lalui seorang diri, betapa aku inginkan seorang yang kekal bersama ku hingga hembusan terakhir, tapi itu mustahil bagi kita dan teramat mustahil. Jika memilikki cinta ini sementara biarlah ia membahagiakan.
Aku ingin sangat dia di sisiku selalu........
No comments:
Post a Comment