Pages

Thursday, November 12, 2009

Kepergian....4/11 dan 8/11- 2009

Pada tarikh itulah aku kehilangan dua orang insan yang cukup aku sayangi.....
Sungguh tidak aku menyangka yang aku kehilangan dua orang Pak Cik serentak dalam minggu yang sama. Cuma 5 hari perbezaan mereka, Tuhan menjemput di pintu syurga. Cuma tinggal kenangan yang menggamit kisah silam. Kenangan-kenangan itulah yang akan menjadikan aku semakin kenal erti sebuah kehidupan. Sebuah 'persediaan' di kala nafas ini masih mengiringi hidup. Memang tidak terduga kepergian 2 orang insan ini, mengejutkan. Apapun aku hadapi dengan penuh ketabahan sebagaimana keluarga kedua-dua pak cik ku ini. Terasa sangat kehilangan mereka berdua, kedua-duanya insan yang sangat disayangi. Mengenali mereka seolah-olah mengenali rakan yang cukup rapat. Tiada lagi nama ku dengar meniti bibir mereka berdua. Sedih. Pilu. Airmata. Semua itu menyimbahi ruang legar perasaan aku tika kesunyian, kerana terlalu banyak kenangan manis bersama kedua-dua insan ini. Tuhan menyayangi mereka mungkin lebih dari aku. Apa pun harapan aku agar roh mereka bersemadi antara insan-insan yang beriman. Amin.

No comments: