Pages

Monday, June 21, 2010

Dia, Aku dan CHANA

ermmm.....nak tau satu kisah antara aku dan dia? haaa....permulaan yang amat menarik untuk tatapan dan bacaan. Aku memang tidak menduga apa yang berlaku dalam 5 bulan ni memang sesuatu yang cukup membahagiakan. Tidak terdetik pun untuk mengatur satu perjumpaan bersama dia. Tapi keyakinan aku cukup jitu. Aku kukuh dengan kebenaran yang ada. Langkas aku ambil satu keputusan yang diluar jangkaan aku untuk bertemu dia. Ya, sememangnya kami telah lama 'berjumpa' tapi bukan secara realiti cuma alam maya. Namun bulan Jun menyaksikan aku sendiri mencipta sejarah, pergi berjumpa dengan nya. Aku benar-benar menghargai setiap waktu kami bersama. Kerana dia aku menjadi seorang insan yang gugup pada kecurangan, bukan curang apa-apa cuma curang pada masa aku di sini. Aku sedar dia terlalu baik. Terima kasih dia. Aku jadikan dia pasangan hidup aku yang paling sempurna dan ideal. Ada juga insan yang sanggup menerima aku ni, muka buruk...lainlah dia, rebutan ramai. Terima kasih sangat2!

hahhh....kisah chana pulak, ermmmm...chana ni sebenarnya sebuah kenderaan yang agak unik, mungkin bagi sesetengah pihak. chana. comel. hehehe......bagaikan igauan mimpi ngeri buat aku. Dia selalu kenakan aku dengan si chana ni. Tiap kali limpas chana ( walhal 3 kali jerr ) dia pasti kenakan aku....eeeee....ye la chana tu kan buat mimpi ku menjadi ngeri...hahaha.....chana chana...naper lah muka tu bagai jerung kena sumpah aduh chana comel....

No comments: