Pages

Tuesday, June 29, 2010

Cintai aku sepenuh hatimu

Aku tak sempurna seperti orang lain yang pernah kau cintai. Tapi aku lakukan yang terbaik demi untuk pertalian antara kita berdua, kerana ianya pertalian yang cukup istimewa. Terima kasih kerana aku juga terpilih untuk mengisi ruangan hidupmu......Aku berharap ayat-ayat yang pernah terluah darimu menjadi pegangan seumur hidup mu.....

Sunday, June 27, 2010

Aku seperti dahulu.....

Melakarkan sesuatu tanpa bicara, memang payah
itulah kehidupan yang perlu ditempuh, menjalani sesuatu tanpa di undang adalah perit.
Aku tidak pernah untuk mensiakan apa di depan mata, kerana bagi aku, ia sesuatu yang pahit bila kita menyakiti. Aku pernah disakiti, dan aku tahu betapa sakitnya. Aku berdaya melangkah menuju sinar di depan mata, mencari junjungan yang aku impikan selama nafasku dulu. Aku pernah merayu untuk dimiliki, begitu rendahnya taraf aku. Aku benar-benar naif dan bendul. Ingatlah jangan sesekali mendustai........

Monday, June 21, 2010

Dia, Aku dan CHANA

ermmm.....nak tau satu kisah antara aku dan dia? haaa....permulaan yang amat menarik untuk tatapan dan bacaan. Aku memang tidak menduga apa yang berlaku dalam 5 bulan ni memang sesuatu yang cukup membahagiakan. Tidak terdetik pun untuk mengatur satu perjumpaan bersama dia. Tapi keyakinan aku cukup jitu. Aku kukuh dengan kebenaran yang ada. Langkas aku ambil satu keputusan yang diluar jangkaan aku untuk bertemu dia. Ya, sememangnya kami telah lama 'berjumpa' tapi bukan secara realiti cuma alam maya. Namun bulan Jun menyaksikan aku sendiri mencipta sejarah, pergi berjumpa dengan nya. Aku benar-benar menghargai setiap waktu kami bersama. Kerana dia aku menjadi seorang insan yang gugup pada kecurangan, bukan curang apa-apa cuma curang pada masa aku di sini. Aku sedar dia terlalu baik. Terima kasih dia. Aku jadikan dia pasangan hidup aku yang paling sempurna dan ideal. Ada juga insan yang sanggup menerima aku ni, muka buruk...lainlah dia, rebutan ramai. Terima kasih sangat2!

hahhh....kisah chana pulak, ermmmm...chana ni sebenarnya sebuah kenderaan yang agak unik, mungkin bagi sesetengah pihak. chana. comel. hehehe......bagaikan igauan mimpi ngeri buat aku. Dia selalu kenakan aku dengan si chana ni. Tiap kali limpas chana ( walhal 3 kali jerr ) dia pasti kenakan aku....eeeee....ye la chana tu kan buat mimpi ku menjadi ngeri...hahaha.....chana chana...naper lah muka tu bagai jerung kena sumpah aduh chana comel....

Wednesday, June 16, 2010

Indah bila bersama DIA

Memang tak terungkap kata-kata bila bersama DIA, tak pernah merasa bahagia sebegini. Yang pasti saat perpisahan mengundang tangisan, kerana pasti berdua akan merindui masing-masing nanti. Aku sememangnya, kerana punyai hati yang begitu rapuh. Menyayangi DIA adalah sesuatu yang tidak mungkin aku sesali. Aku dan DIA mungkin tercipta bersama untuk selamanya......AKU menyayangi lebih dari nyawa ku sendiri.......

Sunday, June 6, 2010

Mengecapi 28 tahun.....







Semakin beranjak usia diriku, semakin luas pengalaman yang aku peroleh. Melangkah pada sisiran hidup ini memang banyak ceritanya. Manis, masam dan pahit semuanya menjadi perencah hidup. Aku makin matang mengenal erti kepayahan, kesenangan hidup, makin ku kenal makin banyak pula cabaran yang silih berganti. Tapi semuanya aku anggap sebagai ujian dariNya. Mungkin kerana ujian itu lah aku terus mampu untuk bertahan di pentas ini. Kerana aku berjaya menjawab segala ujian yang telah diberikan pada aku. 28 tahun ini lah saat yang paling sukar....melangkah ke usia baru, tapi aku masih lagi rasa macam muda....hehehe....tapi yang paling bermakna dari semua hari lahir aku, aku mendapat ucapan dari orang yang sangat aku sayang, orang yang paling bermakna dalam hidup aku......

terima kasih atas ucapan ini

"
SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN BUAT DIA KU TERSAYANG YG KE 28....SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR MU....DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HIDUPMU....."

Sebelum ini takde pun sesape yang nak bg ucapan tuk aku...ini paling bermakna....terima kasih DIA.....sangat menyayangi DIA.

Ucapan dari sahabat FB.....

"Meniti waktu berlalu
kian jauh perjalanan
dedaun usia pun
bertambah dan bertambah helaiannya
luruh di anjung waktu
Namun,,
semakin itu jua
kedewasaan kian erat dalam genggaman
SELAMAT HARI LAHIR...
Just For U...Guang Dexter.."

Dari Mia Massh - Facebook

"Happy birthday to cg Guang =) Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Amin...."


Dari Masitine Abdullah - FB

"ke hadapan yang berkenaan... Guang Dexter, Mazliha Hamzah n Liani Md Ali Aye.....
Happy Birthday....moga sentiasa berbahagia dan awet muda....hehe~panjang umur n murah rezeki...."


Dari Fieza Sauti - FB

"Happy Birthday to you..."

Dari Ling - FB

"Hpy B'day...hv a nice day."

Dari Auntie paling sporting

"happy birthday"

"saya mengucap kan selamat hari jadi............."

"happy birtday .hv a nice day "

"hi. Happy Birthday to u. "

"Esok Isnin (07 Jun), kalau tak salah saya, besday Dexter

Kalau betul esok ni besday Dexter, saya ucapkan "Happy Birthday"....moga2 panjang umur, sihat, dimurahkan rezeki & mendapat segala yang dihajatkan!"

" hi hi Dexter how r u ? wish u happy birthday happy always healthy always ciao"

"hepi besday..."

"happy birthday handsome!"

"happy birthday!!!!!"

Dari semua rakan-rakan alam maya yang aku kenal.......thank you guys!