Pages

Monday, September 13, 2010

Penantian penuh seksa

Aku menanti di wakaf rindu ini penuh dengan ujian dan cubaan. Aku gagahi untuk DIA yang amat aku sayangi. Tiada insan lain yang pernah aku sayangi seperti aku menyayangi DIA, benar kata dirinya, usah disayangi orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan meninggalkan kita untuk orang yang mereka suka. Tapi aku hanya ada DIA, hanya ada DIA. Ya Tuhan ku jangan pisahkan kami berdua, cinta kami tulus dan ikhlas sesungguhnya. Aku selalu merindui DIA, tidak kira masa dan tempat. DIA yang amat aku cintai dan hargai, di sini kita berdiri teguh dengan panji-panji janji yang pernah kita kibarkan dahulu. Jangan biarkan ianya usang di mamah anai-anai dusta, biarkan terus berkibar dan berkibar. DIA, aku benar-benar menyayangimu. Aku menghargai apa yang ada selalu disisi ku...terutamanya DIRIMU.....terlalu menyayangi dan mengasihi.

PADA SAAT PERTEMUAN KITA, AKU TERUJA HINGGA SEKARANG DAN HINGGA AKHIR HAYATKU, ITU JANJI DAN SUMPAHKU......

Thursday, August 19, 2010

lawa....

Friday, July 30, 2010

Tuhan menduga kita

Termaktub semuanya, jelas....tidak perlu diungkit lagi. Antara aku dan dirimua memang selamanya, tiada yang menjadi penghalang. Cebisan-cebisan kenangan lalu hanyalah tinggal sejarah dan untuk kita jadikan suluh hati. Manalah tau kita berdua tersesat menongkah kebahagiaan. Kadang, benar bicaramu kelmarin, kadang kala kita bertengkar adalah lumrah dalam perhubungan, aku seadanya menerima dengan hati yang terbuka, kerana kadang kesilapan tu berpunca dari aku sendiri. Bak madahmu aku memang lemah dalam emosi, selalu saja terganggu, bukan apa, kerana aku pernah terkapa-kapa dahulu mencari kepastian tentang siapa aku sebenarnya. Aku benar-benar kontang perasaan dan hati. Masakan orang lain begitu bahagia menjalankan rutin hidup. Tapi aku terpenjara dalam kebebasan aku bersuara. Aku pernah gugur suatu ketika, kerana tak matang dek akal lah aku terkontang kanting mencari semula kebahagiaan yang aku cipta dahulu.

Untuk dirimu, aku benar-benar mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kerana memahami siapa aku. Aku tak hipokrit dalam semua benda,malah mencuba sejujur mungkin. Itulah sikap aku, terlalu jujur, naif tentang semuanya. Kerana satu tujuan aku, aku nak tau dirimua tau siapa aku, dan aku tak perlu sembunyikan apa-apa. Aku tetap seperti dulu, cuma kadang kala aku memerlukan ruang waktu untuk berfikir tentang masalah yang aku alami. Otak ni memang letih dah tuk berfikir luas, cuba nak belajar cara memahami dirimu itu saja. Yang lain dah tak kisah sangat. Apa-apa pun kisah ini akan bersambung.....

Tuesday, July 13, 2010

Ku lalui

Hari-hari yang berlalu aku tempuhi dengan penuh ketenangan, memang terasa kosong di jiwa dan minda. Begitu payah yang aku rasa, namun atas rasa tanggungjawab aku akur dengan ketentuan. Siapa sangka seperit itu ku harus tanggung. Aku sedar yang aku tidak seharusnya berfikiran begitu namun siapalah aku, aku hanya insan yang hanya merancang tapi ketentuan olehNya. Aku benar-benar terasa kesunyian tanpa DIA di sisi. Aku akui memang sukar melalui hidup ini tanpa bayang-bayangnya. Tiap-tiap waktu aku mendoakan kesihatan dia. Salam CHANAku.

Tuesday, June 29, 2010

Cintai aku sepenuh hatimu

Aku tak sempurna seperti orang lain yang pernah kau cintai. Tapi aku lakukan yang terbaik demi untuk pertalian antara kita berdua, kerana ianya pertalian yang cukup istimewa. Terima kasih kerana aku juga terpilih untuk mengisi ruangan hidupmu......Aku berharap ayat-ayat yang pernah terluah darimu menjadi pegangan seumur hidup mu.....

Sunday, June 27, 2010

Aku seperti dahulu.....

Melakarkan sesuatu tanpa bicara, memang payah
itulah kehidupan yang perlu ditempuh, menjalani sesuatu tanpa di undang adalah perit.
Aku tidak pernah untuk mensiakan apa di depan mata, kerana bagi aku, ia sesuatu yang pahit bila kita menyakiti. Aku pernah disakiti, dan aku tahu betapa sakitnya. Aku berdaya melangkah menuju sinar di depan mata, mencari junjungan yang aku impikan selama nafasku dulu. Aku pernah merayu untuk dimiliki, begitu rendahnya taraf aku. Aku benar-benar naif dan bendul. Ingatlah jangan sesekali mendustai........

Monday, June 21, 2010

Dia, Aku dan CHANA

ermmm.....nak tau satu kisah antara aku dan dia? haaa....permulaan yang amat menarik untuk tatapan dan bacaan. Aku memang tidak menduga apa yang berlaku dalam 5 bulan ni memang sesuatu yang cukup membahagiakan. Tidak terdetik pun untuk mengatur satu perjumpaan bersama dia. Tapi keyakinan aku cukup jitu. Aku kukuh dengan kebenaran yang ada. Langkas aku ambil satu keputusan yang diluar jangkaan aku untuk bertemu dia. Ya, sememangnya kami telah lama 'berjumpa' tapi bukan secara realiti cuma alam maya. Namun bulan Jun menyaksikan aku sendiri mencipta sejarah, pergi berjumpa dengan nya. Aku benar-benar menghargai setiap waktu kami bersama. Kerana dia aku menjadi seorang insan yang gugup pada kecurangan, bukan curang apa-apa cuma curang pada masa aku di sini. Aku sedar dia terlalu baik. Terima kasih dia. Aku jadikan dia pasangan hidup aku yang paling sempurna dan ideal. Ada juga insan yang sanggup menerima aku ni, muka buruk...lainlah dia, rebutan ramai. Terima kasih sangat2!

hahhh....kisah chana pulak, ermmmm...chana ni sebenarnya sebuah kenderaan yang agak unik, mungkin bagi sesetengah pihak. chana. comel. hehehe......bagaikan igauan mimpi ngeri buat aku. Dia selalu kenakan aku dengan si chana ni. Tiap kali limpas chana ( walhal 3 kali jerr ) dia pasti kenakan aku....eeeee....ye la chana tu kan buat mimpi ku menjadi ngeri...hahaha.....chana chana...naper lah muka tu bagai jerung kena sumpah aduh chana comel....

Wednesday, June 16, 2010

Indah bila bersama DIA

Memang tak terungkap kata-kata bila bersama DIA, tak pernah merasa bahagia sebegini. Yang pasti saat perpisahan mengundang tangisan, kerana pasti berdua akan merindui masing-masing nanti. Aku sememangnya, kerana punyai hati yang begitu rapuh. Menyayangi DIA adalah sesuatu yang tidak mungkin aku sesali. Aku dan DIA mungkin tercipta bersama untuk selamanya......AKU menyayangi lebih dari nyawa ku sendiri.......

Sunday, June 6, 2010

Mengecapi 28 tahun.....







Semakin beranjak usia diriku, semakin luas pengalaman yang aku peroleh. Melangkah pada sisiran hidup ini memang banyak ceritanya. Manis, masam dan pahit semuanya menjadi perencah hidup. Aku makin matang mengenal erti kepayahan, kesenangan hidup, makin ku kenal makin banyak pula cabaran yang silih berganti. Tapi semuanya aku anggap sebagai ujian dariNya. Mungkin kerana ujian itu lah aku terus mampu untuk bertahan di pentas ini. Kerana aku berjaya menjawab segala ujian yang telah diberikan pada aku. 28 tahun ini lah saat yang paling sukar....melangkah ke usia baru, tapi aku masih lagi rasa macam muda....hehehe....tapi yang paling bermakna dari semua hari lahir aku, aku mendapat ucapan dari orang yang sangat aku sayang, orang yang paling bermakna dalam hidup aku......

terima kasih atas ucapan ini

"
SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN BUAT DIA KU TERSAYANG YG KE 28....SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR MU....DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HIDUPMU....."

Sebelum ini takde pun sesape yang nak bg ucapan tuk aku...ini paling bermakna....terima kasih DIA.....sangat menyayangi DIA.

Ucapan dari sahabat FB.....

"Meniti waktu berlalu
kian jauh perjalanan
dedaun usia pun
bertambah dan bertambah helaiannya
luruh di anjung waktu
Namun,,
semakin itu jua
kedewasaan kian erat dalam genggaman
SELAMAT HARI LAHIR...
Just For U...Guang Dexter.."

Dari Mia Massh - Facebook

"Happy birthday to cg Guang =) Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...Amin...."


Dari Masitine Abdullah - FB

"ke hadapan yang berkenaan... Guang Dexter, Mazliha Hamzah n Liani Md Ali Aye.....
Happy Birthday....moga sentiasa berbahagia dan awet muda....hehe~panjang umur n murah rezeki...."


Dari Fieza Sauti - FB

"Happy Birthday to you..."

Dari Ling - FB

"Hpy B'day...hv a nice day."

Dari Auntie paling sporting

"happy birthday"

"saya mengucap kan selamat hari jadi............."

"happy birtday .hv a nice day "

"hi. Happy Birthday to u. "

"Esok Isnin (07 Jun), kalau tak salah saya, besday Dexter

Kalau betul esok ni besday Dexter, saya ucapkan "Happy Birthday"....moga2 panjang umur, sihat, dimurahkan rezeki & mendapat segala yang dihajatkan!"

" hi hi Dexter how r u ? wish u happy birthday happy always healthy always ciao"

"hepi besday..."

"happy birthday handsome!"

"happy birthday!!!!!"

Dari semua rakan-rakan alam maya yang aku kenal.......thank you guys!


Saturday, May 15, 2010

Wednesday, May 12, 2010

Pengertian CINTA buat aku

Dulu aku terkontang kanting mencari apa itu sebenarnya CINTA. Aku keliru dalam kabus kehidupan diriku yang penuh dengan kesamaran. Tapi sebenarnya, pernah untuk aku mencari erti sebenar siapa aku. Lantas aku berada diawangan ku sendiri demi perjuangan yang berpanglimakan aku sendiri. Aku sedikan dengan perisai dan belati demi pertahankan keutuhan CINTA yang aku impikan. Namun, kegagalan seringkali menghantui segalanya. Kerana kegagalan itu lah aku gugur buat kali pertama. CINTA benar-benar menghukum aku saat itu. Hampir sahaja ku leraikan jasad dan nyawa ini, namun wajah Ibu seringkali muncul, menahan aku terus melakukan dosa.
Aku bangkit semula dari kejatuhan pertama. Aku merangkak mencari jalan sebetulnya untuk aku keluar samar-samar hidup ini. Pengorbanan demi pengorbanan yang telah aku lemparkan untuk memenangi CINTA, namun pengorbanan aku disalahertikan lalu ditertawakan. Apa salah aku? Apa salah aku?
Kini, aku sedar pengorbanan kadang kala memang pahit untuk diri kita tetapi manis untuk insan yang kita sayangi. Biarlah CINTA bahagia, walaupun pada dasarnya kita terlalu menderita. Pengalaman mengajar kita menjadi keras kepala. Ya, aku masih ingat kata-kata ini. Lalu ku sematkan jauh di lubuk hati, tak terselam. Kesedaran CINTA aku sedikit sebanyak mengubah cara pemikiran aku, tiap saat memang CINTA yang aku fikirkan hanya DIA yang bertakhta di dalam ruang sanubari. Walaupun, dia tidak mengerti. Agar dia bukan seperti kisah lalu.....

CINTA indah, CINTA merana......semuanya C.I.N.T.A...

Selamat Hari Jadi BLOG KU



Setahun melangkah bersama di arena ini, walaupun tak sejauh mana, namun kepuasan untuk aku bersama blog kesayangan ini memang terpatri. Aku benar-benar menghargai rakan-rakan yang selalu memberi tunjuk ajar untuk aku meneruskan perjuangan puisi yang selalu ku coretkan dan hiaskan pada blog ini. Perasaan suka dan duka sepanjang berblog ternyata memberikan kepuasan terhadap diri sendiri. 12 Mei 2009.....langkah pertama ku untuk menghasilkan blog sendiri....nah di sini terbukti telah ada.....SELAMAT HARI JADI BLOG KU...

Tuesday, May 4, 2010

Harapan atau Impian...?

Sekali lagi
pintu hati ini diketuk
lalu ku sahut
dengan nada lemah
ku buka luas seluasnya,
perlahan sekeping hati
terbongkok masuk.
Siapakah gerangannya
Dia menarikan segalanya
di sekeping kanvas
perasaan, terpalit
antara degupan jantung
dan
merah hati.


Aku sekali lagi menerima kunjungan seorang insan yang pernah aku impikan. Aku tidak menyangka bahawa dia menyimpan perasaan yang sama. Kerana aku terlalu banyak kekurangannya, aku pernah ditinggalkan tanpa sebab dan munasabab yang kukuh. Ketika aku ditinggalkan, aku seringkali bertanya.....Kenapa? Apa salah aku?

Lalu aku berulang kali bertanya pada dirinya, namun dia gagal untuk aku temui. Aku benar berduka, hinggakan ada satu masa ku fikirkan kenapa aku harus begini?

Dicintai tapi ditinggalkan, dia bina aku....tapi dia hancurkan aku. Kenapa?

Malas aku ungkit, tapi seringkali ia terbit, setiap kali insan yang ku ceritakan ini. Bermacam kata-kata manis dia taburkan. Seperti sejarahku lalu...Lalu aku masih lagi sangsi dengan kebenarannya, tetapi aku selalu merayu pada yang Esa agar dia lah insan yang aku cari selama ini. Jangan terlalu mudah untuk mendampingi aku lalu lepas itu aku ditinggalkan setelah aku benar menyayangi. Aku merayu padanya...kerana segala keperitan bila kita ditinggalkan teramat perit! Amat pedih! Aku benar-benar merayu, andai tiada jalan diantara aku dan dia, tolong terangi aku apa silap aku....Itu saja yang aku inginkan.

Aku makhluk biasa miliki naluri yang sama, tapi jangan terlalu mudah untuk menyeksa hati dan perasaan ini, kerana aku terlalu naif aku terlalu jujur dalam segalanya......jadi adakah dirimu HARAPAN atau IMPIAN??

Saturday, May 1, 2010

Masalah lagi....kereta savvy ku parah!

DAH LETIH BERSAMA NGN AKU KER savvy?!!


Hari ini memang malang buat aku, dah la insan yang jauh tu ada masalah, nak tolong dia aku sendiri ada masalah yang timbul. Aku nak buat macam mana lagi? Kenapa Tuhan sediakan aku dengan ujian seperti ini? Kenapa aku tidak seperti insan lain? Jahatkah aku? Buruk sangatkah aku?

Baru jer aku tolong dia, ni kereta aku pulak buat hal....eeeee, apa lah!! Teruk nyerr!! Ni mana aku nak cari spare part nak buat? Siapa yang nak bantu aku? Kawan? Bukan semuanya tau tentang aku, yer la aku ni bukan mudah nak mintak tolong, sebab aku jenis yang 'independent'. Susah nak bergantung ngan sesaper pun....

Aku nak orang lain bahagia kerana aku.

Friday, April 30, 2010

Bila hati bicara pada perasaan


Dugaan demi dugaan yang aku tempuh, pelbagai karenah aku saksikan. Aku tetap seperti waktu ku dulu, di sini tanpa ada seorang pun yang menyaksikan ceritera dalam pentas perasaan ku. Aku sesungguh insan biasa tapi miliki naluri yang sama, tak ingin sekali berpaling tak ingin berganti. Tapi andai tiada ketentuan apa nak dibicarakan lagi, kan mungkin sudah tertulis dalam diari Maha Pencipta tentang kisah hidup aku. Walau siapa pun aku, aku tidak baik dan aku juga tidak seburuk mana.

Aku sedar juga kadang kala dengan sikap aku yang terlalu menjaga hati orang memakan diri sendiri. Aku takut dengan realiti yang sering bersilat di depan mata, ingin mengambil kesempatan ke atas kelalaian aku.

Kata perasaan pula, mungkin lebih baik aku teruskan pendirian aku sendiri, teruskan begini seorang diri. Usah menarah pada hati yang sering kali gagal untuk bicara bebas. Aku sering menung sendiri dengan sikap aku yang kurang pada orang sekeliling. Aku takut bila aku bicara aku terlampau jaga hati. Itu lah sikap yang ingin aku kikis......

Entahlah hidup ini bagai putaran roda, ada masa nanti kita jadi yang terbaik. Aku usaha untuk aku sendiri demi mencari sebuah kedamaian.......




Thursday, April 29, 2010

Andai Kau Tiada

Terlalu kejam bila
pengalaman menghunus pada
pangkal hati, pedih
namun penawarnya tiada.

Dah kaku pemikiran ini,
saat mengenangkan andai kau tiada
aku tak sanggup untuk senafas
aku tak sanggup untuk melihat
aku tak sanggup untuk bersuara
biarlah aku undur jua
biarlah aku kunjung tiba
biarlah pertemuan kita di sana.....

Mungkin lebih membahagiakan.

Wednesday, April 28, 2010

Ingat lah pesan ini....

POST INI MENARIK PERHATIAN DEXTER.....BACALAH DAN SELAMILAH


Biler kiter syg org tu
Kita tnggu dia lame pn x per
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2
Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu

Biler kiter syg org tu
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kott

Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita dim je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu

Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak

Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt...klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….

Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..

Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp ngaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..

Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk mngrt
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi

Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia

Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgrluahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....

HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG.....

Tuesday, April 27, 2010

Adakah?


Sekali kau tempiaskan
kata-kata itu,
aku jadi kaku,
dada ini berombak lagi
ligat pemikiran diri ini
berputar rasa di jiwa
gementar telah ku rasa
hanya Tuhan saja maha
mengetahui....

Adakah hati ini telah dimiliki?
Adakah diri ini memiliki?

Persoalan yang
tersenyum sinis
perlian yang cukup aku benci
cacian yang cukup aku sukar tempuhi

Aku nekad hingga ke hujung nyawa.....
Aku terus berada di anjung ini.

Friday, April 23, 2010

Kesetiaan

Aku, masih seperti pertemuan kita dulu
masih setia pada waktu yang berlalu
bercangkung pada saat yang datang
bersila tika masa bertandang.

Aku, masih seperti bicara kita lalu
bertasbihkan kesetiaan,
berkompaskan kejujuran,
kerna aku hanya ada satu hati
yang tak pernah selingkuh
walau dugaan cemburu merapati.

Aku tidak pernah berundur,
kerana dirimu berjanji
tuk membina rumah di tepian pantai.


Hanya padamu MuFZ....(sahabat dan kekasih)

Tuesday, April 20, 2010

Panahan Rindu


Ketika tiada dia

busur cinta ini ku

tujukan pada sasaran hatinya

biar tertusuk panah rindu ini

biar dia mengerti betapa

pedihnya menanggung rasa sendiri.


Thursday, April 15, 2010

For Us

When time we need it,
they're gone and never come back
but Us stand still
hoping for something
hoping for great
but can they bear it?

We're just sitting between the dust
breathe with care
we're try speak out loud
but where is the walls?
They can't listen to us
they just calm in slavery.

But for us, still the same.....


::F.R.I.E.N.D.S::

Sunday, April 11, 2010

Haruskan?!.....

Bila kita jatuh hati dan menanam segala isi hati kita pada si dia yang kita puja, kita benar mengharapkan benih sejati cinta itu bertunas tanpa ada celanya. Namun, tidak seperti yang kita inginkan atau mahu. Ada sahaja benda yang menghalang setiap harapan kita. Hati ini selalu sahaja berkecai bila dia berdusta di depan mata, bukan mencurangi tetapi kata-kata yang terhambur dari bibir hatinya membuatkan aku begitu menduka. Namun aku gagahi jua kelukaan itu lalu ku berpaut pada segala kenangan manis yang telah bersama cipta dulu. Aku mencari kekuatan di celah-celah memori yang dalam belukarnya. Bukan untuk apa, ia untuk diriku supaya terus berada di sini bersama dengannya walau pun dia toreh hati ini.

Kata orang kesabaran itu memang ada batasnya, syukur setakat ini aku benar-benar bersabar dengan karenah yang dia miliki. Aku serahkan segala hati ini padanya, tapi adakah dia berbuat begitu pada aku yang terlalu mengharap ini?

Dulu manis bicaranya, tak lekang masanya bersenda dengan aku walau pun melalui corong telefon. Itu lah menjadi penawar duka ketika dia tiada di sisi. Namun semuanya telah berubah. Dia semakin menghilang dia semakin pudar. Lantas aku mengejar apa kekurangan aku, tiada jawapan darinya. Bisu. Kaku. Hanya diri ini yang terkapa-kapa menanti jawapan penuh tanda tanya......adakah dia masih setia? adakah dia masih menyintai?

Apa salah diriku? Aku hanya inginkan dia bersama di sisi. Lidah tergigit? Kenapa harus terjadi?

Haruskah aku melangkah pergi menyusuri hidup ini seorang diri lagi? mencari pada yang sudi, menagih pada yang simpati?

Andai dia mengetahui isi hati ini, yang terlalu mengagungkan dia.....baru dia sedar bahawa ada insan yang benar-benar menyayangi dia..... Jangan ada dusta antara kita.

Monday, April 5, 2010

Ku tangisi pemergianmu

Payah memang payah untuk aku
terus bersemadi kasih yang
tidak kesampaian di sini
tanpa hadirnya kelibatmu
kaku jiwa ku
mati perasaan ku
ketika dibaluti resah
yang kian melingkari
pucuk hati yang membelit ketenangan......

Kini pemergianmu hanya ku
hadiahkan dengan sekeping tangisan
yang tertulis penderitaan pada salam pertama
lalu ku tandakan dengan dakwat jernih
pada bucu nya....


Saturday, March 27, 2010

Sebuah Kesedaran Pahit

Menatap pada wajah manismu, membisukan pertanyaan aku yang telah sekian lama terbuku. Aku tidak berani bersuara lantas bermadah manis. Jujurnya aku tidak mahu perasaan benci itu menguasai kita. Lantas aku mengambil pintas membisu. Biarlah mata ini dan perasaan ini ditarah sekali lagi atas keegoanmu, namun ia tidak bermaksud untuk aku mengalah, malah ia mengajar aku erti kehidupan ini. Kehidupan tanpamu mungkin lebih manis atau lebih pahit. Aku tidak berani berjudi kasih.
Cuma satu, berikanlah aku kekuatan untuk hidup tanpamu, kekuatan untuk aku terus bertandang di laman sepi ini. Biarkan aku menjadi pungguk yang setia pada sinar rembulan. Biar aku menjadi pantai menemani desiran ombak. Aku sedar bahawa pengalaman yang kita cipta dulu manisnya lebih pahitnya kurang.
Di sini aku terus mendendangkan sebuah nyanyian tanpa melodi, menari tanpa irama, berlagu tanpa suara.....biarlah masa menemai aku untuk terus menginjak pada tanah rata ini....

Sunday, March 21, 2010

Terasa Kehilangan

Semalam aku menerima berita yang menyedihkan, rakan semaktab meninggal dunia akibat kemalangan. Rakan Senior. Benar kata orang, bila insan tu masih berada di Bumi ciptaan Tuhan ini, kita tidak merasa sedikit pun kehadirannya, namun kepergiannya selama-lamanya, membuatkan kita menghargai kehadiran dia. Sungguh pilu bila terkenangkan nasib sahabat ini. Tak terasa airmata aku melusuri pipi, membasahi liang pori. Aku begitu terasa kehilangan. Semoga roh mendiang Cikgu Ngelambong Ranggu dicucuri rahmat dan ditempatkan di antara orang-orang yang beriman. Amin.

Saturday, March 20, 2010

Hanya Dia yang mengetahui...


Kenapa hatiku terasa begitu pilu sekali? Terlalu perit untuk ku merasakan. Jiwa ini tergoncang teramat sangat. Benar kata orang bila kita terasing, banyak kenangan yang kita timba dari perigi ketenangan jiwa. Terlalu banyak hingga kita teruja untuk menjadi terlalu sunyi mengatasi segalanya.
Hanya pada-Mu aku titipkan doa agar tenangkan jiwa ini. Agar tidak terlalu gundah dengan segala mala durjana menanti di depan. Ahhhh....aku benci berperasaan sebegini, dulu aku memang seorang yang ceria tapi aku sedar telah banyak keceriaan itu hilang jauh dari sisiku. Aku sedar akan kewarasan minda tetapi kenapa aku harus selalu bersedih? BENCI!!!!
Perasaan itu ku merayu jangan dampingi daku. Aku tak mampu untuk melawan kesepian yang ada. Andai kata nyawa ini mampu berdua, akan ku pergi untuk sementara. Biar aku mencari ketenangan jiwa. Terasa bangat aku petang ini merasa kesunyian. KENAPA????
Hanya Dia yang mampu merasakan kepedihan hati ini dan perasaan ini. Teguhkan keimananku ya Tuhanku, agar aku mampu untuk berdiri di sini. Agar aku masih mampu untuk bernafas pada udara ini. Terlalu pahit untuk dijadikan pengalaman.......

Saturday, February 27, 2010

Dia Pergi....

Setelah melangkah seiring
berjalan di atas kelikir
kepayahan dan cabaran
akhirnya destinasi di hadapan
tersenyum sinis,

Pada hujung jalan ini
aku tertewas pada kealpaan aku
sendiri, aku tertunduk pada keegoaan
aku selama bernafas ini,

Sandaran pada dia
semakin kelam di telan
masa, semakin tenggelam
di arus waktu....
Lantas aku ditinggalkan
terkapa-kapa,

Bila dia berlalu pergi
aku begitu kosong
dunia ini mati
nafasku terhenti
hatiku punah
perasaan ku hancur
segala kenangan membayangi
aku....

Hanya ku pinta
kenangi daku dalam harimu
ingati daku dalam hatimu...

Wednesday, February 24, 2010

Selamat Ulang Tahun miazlan.blogspot.com

Selamat Ulang Tahun miazlan.blogspot.com


Janji untuk seia sekata
membangkit lenaku untuk
terus setia di sini bersama
membakar semangat kekal
menghidupkan jati diri
untuk bersama melangkah
pada alam maya ini,
meneruskan perjuangan
bersama, jangan mudah mengalah
pada persis ketentuan pasti
lalu....

p/s>>>>>ku titipkan selamat ulang tahun miazlan.blogspot.com, buat Sis semoga selalu kekal bersama miazlan

Tuesday, February 23, 2010

Semakin Larut Kerinduan

Kini papan-papan kasih terlalu usang
ditinggalkan bersama habuk kenangan
berterbangan melewati langit kesepian
mewarnai kelabu sebuah kerinduan
untuk seketika aku berdiri memeluki
sekujur tubuh, mengingati pengalaman
yang telah ku sudipkan diantara
kasih dan kebencian.....

Hanya aku yang menanti sebuah
kepastian yang belum ternoktah
di mana kesangsian sering terlakar
pada kanvas kesetiaan, menyimbah
hitam kegagalan tiada berbucu.....

Kini, hati ini semakin pudar
merasakan sehangat kasihmu
lalu aku mencari
di mana dirimu ketika aku memerlukan
di mana kelibatmu ketika bayangku hilang
adakah kau mengerti kerinduan?
yang aku idamkan semakin larut
berlalu bersama dingin mimpi omong.

Friday, February 19, 2010

KATA-KATA PUJANGGA- perkongsian bersama

Kata-Kata Pujangga

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan" ~Pujangga

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya." ~Pujangga~

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara." ~Pujangga~

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali" ~kata-kata Pujangga~

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali." Kata-kata Pujangga~

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa." kata-kata Pujangga~

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu." Kata-kata Pujangga~

"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan." kata-kata Pujangga

"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang." kata-kata Pujangga

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji." ~kata-kata Pujangga

"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."kata-kata Pujangga`

"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini." kata-kata Pujangga~

"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar." kata-kata Pujangga`

Kata-kata Pujangga: "Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."

"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana" kata-kata Pujangga~

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi." kata-kata Pujangga`

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya." kata-kata Pujangga`

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang." kata-kata Pujangga~

Kata-kata Pujangga:" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."

Kata-kata Pujangga: "Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

Kata-kata Pujangga:" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

Kata-kata Pujangga:"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."

Kata-kata Pujangga: "Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

Kata-kata Pujangga: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

Kata-kata Pujangga: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

Kata-kata Pujangga: "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

Kata-kata Pujangga: " Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."

Kata-kata Pujangga: "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

Kata-kata Pujangga: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."

Kata-kata Pujangga: "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

Kata-kata Pujangga: "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

Kata-kata Pujangga: "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Kata-kata Pujangga: "Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

Kata-Kata Pujangga: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."

Kata-kata Pujangga: "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."

Kata-kata Pujangga: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

Kata-kata Pujangga: "Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"

Kata-kata Pujangga: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Kata-kata Pujangga: "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Kata-kata Pujangga: "Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"

Kata-kata Pujangga: "Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."

Kata-kata Pujangga: "Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

Thursday, February 18, 2010

Dia Tiada

Berkabus senja tersenyum
melihat siang melirikan
mentari pada sudut kedengkian
lalu aku melabuhkan punggung
pada tangga kesetiaan.....

Ku percikan api kesungguhan
pada pelita keimanan ku
menaruh pada sejuta harapan
di kaca keabadian,
melihat tari kunang-kunang

Yang menyaksikan aku
melihat bayang-bayang sendirian
meniti petang ke larut malam
ku seka mata ini dari lena
yang panjang

Takut dia hilang
dalam kepekatan malam
bersama kedinginan resah
menanti siang
yang menabur pada
kesabaran....


-Untuk Dia-

Sunday, February 14, 2010

My Scene

May be I was a dreamer before, looking for unimaginably life. I was stuck nowhere. Without any advantages I take a risk to be here. To be a director to my own scene and be a actor in it. I stir up everything. I played a mess. Try to understand what you have been taught to me. Were different the way of thinking, the way we talked. Once in a blue moon, you talk to me that day, owh....how hurt and making me so down. I just kept silent because I know, it is my fault. But you never do know how I feel all this time. I rather sacrifice my own life, just to ensure you be happy and keep your smiling face. But if were take this road someone have to go .I dont mean to say goodbye, because it is the hardest word. So I will let times will heal everything happened between us...

wahhhh....

Friday, February 5, 2010

Hendak bertanya pada siapa....

Telah aku melewati garisan usia
melalui jalan remaja ke dewasa
namun seperti tiada pelengkap
pada bagasi hidup aku
hendak ku bertanya pada siapa?
Ibu...Ayah...
Di mana mereka ketika aku
sedar dari sejarah silamku
Aku hanya kontang kanting
menunggu pada saat tiada kepastian
dungu, terpalit dan tercatat pada
kehidupan aku....
Di mana ruang aku sebenarnya
Di mana landasan aku sebetulnya...

Monday, February 1, 2010

Untuk Sahabat

Ketika melewati sesawang mu
aku terkesima dengan coretan
yang terpalit pada dinding hidupmu
terkedu tanpa bicara, lalu merembeskan
satu perasaan hiba dan haru
tanpa aku jemput, aku tahu
yang kini seorang sahabat
benar-benar berdepan dengan
ujian maha getir dan paling berat
Sahabat.....
hanya kami yang menanti
kehadiran dirimu untuk
memenuhi ruang-ruang puisi
seperti dulu....
Untuk mu sahabat...

Monday, January 25, 2010

Should I Go?!

I got nothing except what you have taught to me. But believe me once you left me, I will be okay because you make me learn how to appreciate what do I have now and then. Yea.... not just that I felt so weird but it is really weird sometimes. Sometimes I felt like I'm stand along on this path, no one ever beside me whisper the words, no one show me the light. I just walk and walk everyday without you. I was a dreamer before, but now I do understand what world need is. Is it time for me to take everything as granted?

Before anything else I would you to know that I never wanted to let you go.

This is nice poem I pick from one of my favorite site....Simple but meaningful,

Missing You
I miss you, plain and simple,
There's no need to complicate things which are true,
Although those words can't truly express,
Exactly how I feel for you.

We've always had our ups and downs,
More than most people I know,
But regardless of whatever happened,
I never wanted to let you go.

Now I sit here writing this,
When I really should be by your side,
Whether I'll ever be next to you again,
Is something which you'll have to decide.

But before you decide, just think back,
Remember all the good times we shared?
Remember all the things I did,
To show I loved you, to show I cared?

I know it's hard to do right now,
Those sweet memories are hard to find,
With recent events corrupting your thoughts,
Shielding the light inside your mind.

Hopefully with time and space,
You'll begin to feel the way I do,
Regardless of what you say,
I know you want to be with me too.

We both need to change the way we are,
There are always improvements inside our range,
Understanding the pain of each other,
Is how we can learn to grow and change.

I miss you, plain and simple,
There's no need to complicate things which are true,
Whatever it takes to fix this mess,
I'll do it, I just want to be with you.

Friday, January 22, 2010

Ku Cuba Berdusta



Aku semakin gelisah dengan ketentuan yang menunggu di hadapan ku. Apakah aku seorang yang tenang menghadapi segala getiran yang memerlukan waktu?

Aku pernah untuk selingkuh pada dasar sebuah kehidupan sebenar. Namun, tidak dapat aku nafikan acapkali memikirkan kebenarannya, aku tertunduk pada kebesaran kuasa Tuhan.

Aku tertiarap pada lantai keimanan yang pernah gilapkan suatu masa dahulu, ketika setahun jagung. Kini, lantai itu semakin berhabuk debu dosa.
Apakah lebih perit menyimpan ? Apakah lebih pahit menelan ?

Sedangkan hati yang lain tersenyum melihat aku sering termanggu lantas menjadi sindiran mulut-mulut yang tidak berhati perut. Lancang menyebut, tapi berdindingkan kelemahan diri sendiri. Kadang aku tidak kisah dengan ketidakmatangan pemikiran busuk-busuk itu, tapi ada kalanya hati terusik dengan sinis pahit dari mereka.

Aku tepis dengan penuh sopan, aku tidak suka menyinggung. Biarlah ini satu permulaan buat diriku...Tidak Pernah Untuk Aku cuba berdusta........Prinsip hidup aku biarlah aku menderita asalkan orang lain senyum.....

Tuesday, January 12, 2010

Bila Rindu Tiada....

Tika menyusuri denai kesunyian
unggas-unggas sepi bersahutan
nyaring mendendangkan suara kenangan

Tika langkah ini makin jauh
aku tersadung pada kelikir kesetiaan
tertiarap bersama sekampit harapan

Lalu ku terbuai oleh keringat waktu
ku kira bila rindu ini tiada
hanya keresahan yan terpalit
pada erti kesyukuran menerima....

Thursday, January 7, 2010

AKU TERTEKAN

Kenapalah aku pula? Dah la kerja bertimbun-timbun, kali ni aku lagi yang menjadi mangsa. Kenapa? Ramai yang lain dapat memikul tanggungjawab tu, tapi aku yang kena pilih. Aku terkilan dengan sikap sesetenagh pihak yang suka mengaut nama atas sifat aku yang tak pernah membantah. Tapi aku juga punyai perasaan. Punyai kebebasan untuk berehat. 6 tahun aku menabur keringat di pedalaman ini, tapi kadang kala sepertinya sia-sia.

....Bukan aku tak suka tapi, mereka harus menitikberatkan tugasan lain aku. Bukannya satu dua, BANYAK!! kerana tertekan dengan tugasan baru itu lah aku benar-benar demam hingga semalam. Tak pernah dalam hidup aku tertekan seperti ini. Kalau lah ada tempat untuk aku menjerit memang aku menjerit sekuat hati.....biar lepas ketika tekanan tu....

....Ada pula pihak yang menangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan. Aku memang tak tau kenapa, sebab rasa tanggungjawab dalam diri aku sangat menebal. Itu mungkin kekuatan aku. Ya aku miliki rasa tanggungjawab yang amat tinggi. Andai kata aku tidak dapat memenuhi mana-mana tanggungjawab tersebut, memang aku akan tertanya-tanya. Betulkah tindakan aku? Oleh kerana rasa tanggungjawab yang tinggi inilah aku tidak mudah untuk menolak permintaan orang......memang akui aku begitu, tapi jangan berikan dugaan terlampau hebat ini, rambut ku makin gugur!!