Pages

Sunday, May 31, 2009

Dari Indianapolis, USA ke Sarawak, Malaysia.


Ini adalah pemberian dari seorang sahabat dari Indianapolis, USA. Anak patung buatan sendiri daripada kayu...

Friday, May 29, 2009

Sesuatu Yang Anda Tidak Perasaan......dalam perjalanan hidup anda....hargailah orang di sekeliling anda.




1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. Walaupun punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.

Monday, May 25, 2009

Di suatu sudut

Pernah sekali untuk aku
mencuba untuk memujuk hati ini
agar melupakan namanya
tapi ia bersulam indah
degil untuk dilunturkan
agungnya namamu di hati ini
setiap huruf-huruf namamu
mengisi indah sanubari
tidak pernah ia lekang
dan tidak pernah surut....

Kini aku sedar dalam
nafas yang begitu singkat ini
kesetiaan mu adalah tunjang aku
keikhlasan mu adalah sandaran aku
tidak dapat aku membayangkan
suatu detik tanpa bayanganmu....

Harapan yang aku benihkan
kian bercambah walau
mekarnya tiada, aku bajai jua
bersama kerinduan yang telah
lama menapak diri di hati ini....

Sunday, May 24, 2009

Terima kasih buat cg Asha - I like it a lot....

Getar hati terasa jua
Ungkapanmu penuh makna
Aksara dan madah...bersirat seni
Nadi bicara puitis bersimpuh
Gah bahasa terukir indah
Aku pun terfana jua
Menatap kata meruntun rasa
Bait indah kian melenakan
Aku...dalam pekatnya malam.

....buat Cg Guang Amba...

Friday, May 22, 2009

Budak kiut!!

Suka budak...nihhh...cute sangat...ahakss

Batang Ai

Miss this place....!!

Bila tak da kerjaaaa......

Rasa macam model...jerrr, huhuhu!!

Monday, May 18, 2009

Jelatang di hatimu

Luluh segala kepinginan
lunyai segala idaman
bila kau lafazkan kata-kata jelatang itu
panahan bisanya meresap jauh ke dasar
longlai segala kudratku
pitam padangan mata
tersekat nafasku
rasa terasing
bisu bicaraku
tiada lagi yang
hendak aku sampaikan
cukup sampai di sini
kau gemersikan suaramu itu
biarkan aku berlabuh di sini
tertiarap bersama keluhan rindu
tertunduk pada belasmu
aku sesungguhnya tiada punya
harta jiwa, tiada kemanisan pada
ketenangan detik.....
biarlah aku bermain usia
menanti setiap waktu
andai nya berpaling nyatalah
aku tetap di sini
apabila kasih terhenti....


:: Ini sahaja mampu aku luahkan::

Aku maafkan...

Seandainya dirimu membaca semua coretan yang aku selitkan di sini. Ketahuilah semuanya asli lahir dari tulus hati. Memanglah bila luka itu dalam, lambat untuk sembuh, tapi bagiku, setiap insan pasti memiliki hati dan perasaan. Tidak sukar hendak melafazkan kata-kata maaf andai merasa diri benar-benar bersalah, tapi kalau berlaku disebaliknya aku akan meminta maaf. Bagi mengadilkan lagi suasana. Aku maafkan semua kata-kata cacian semalam dan hari-hari sebelumnya. Buat apa hendak menyimpan perasaan dendam? Nanti merana diri, susah juga.....aku inginkan keriangan bukan kesengsaraan. Aku harap dirimu mengerti.

Luka semalam aku ku cuba sembuhkan sedaya upaya ni....

Marah?? Aku cuba hindarkan perasaan tu.....

Tapi,
Semalam yang muram, entah kenapa hulu hati aku cukup pedih. Aku benar-benar tersinggung semalam, sebab apa? Sebab satu ayat yang tidak dapat aku terima dalam hidup aku. Ia seolah-olah memberi cacian yang paling kejam buat aku. Adakah aku begitu hina sekali? Adakah kerana aku terlalu baik dan tidak mudah melatah? Tapi semalam ia benar-benar menguji kesabaran aku. Ia meruntun segala isi yang tersirat jauh dalam lubuk hati. Terus terang aku nyatakan yang aku benar-benar terasa semalam. Jauh sekali dalam fikiran aku terlintas ayat sebegitu.....jauh sekali. Aku tak pernah pun untuk melemparkan ayat sebegitu, kerana orang lain ada perasaan juga. Dah nama manusia, rambut sama hitam, tapi hati lain.

Tapi bagiku, perkara yang penting adalah memaafkan. Biar aku terasa tapi kemaafan paling penting, walau luka cukup dalam, sedaya upaya untuk aku ubat kelukaan itu. Maafkan aku.....

Sunday, May 17, 2009

Tajam lidah seorang guru kepada aku


Sanggup dia lemparkan perkataan ini....

"dek sigi paloi..kasih2..nya urang ngumbai dek beruang"

Bukan apa semalam aku dikenakan benda yang sama, tak manis lah ayat macam ni. Sesiapa yang baca, jangan lah, aku tak marah sesiapa pun. Niat aku baik sangat, kenapa lah aku disalahertikan. Akan aku ingat benda ni sampai aku bersujud nanti. Apa-apa pun terima kasih lah Cikgu yang berkenaan. Itu adalah hadiah hari Guru ku yang paling pahit.

Perit untuk aku terima!!!

Tanpa dia

Telah pun jenuh aku menunggu seharian di gigi kegelisahan
namun bayang-bayang dia tidak juga muncul, lantas aku menyalahkan diriku sendiri.
Kenapa aku harus merindui pada insan yang tidak mengenal hati dan perasaan ini?
ahhh....biarlah, biar dia tahu yang aku benar-benar menyayangi dia. Tidak dapat aku menahan kerinduan ini sebenarnya. Airmata?? Usah di tanya memang dia lah peneman paling setia, tapi hanya pada hati, bukan luaran.
Tadi sanggup dia lemparkan perkataan nista pada aku, biarlah janji dia bahagia. Biarlah aku merana. Puas aku cuba rajuk pada hati agar bersabar. Sabar separuh daripada iman.

Coretan yang aku rasa.

This one is posted by Cikgu Ibnu-nice poem too

Kejamnya si tua... 16/05/2009
Kejamnya si tua...
Kerana memperguna kelemahan si muda,
Kerana mereka belum sepenuhnya sedar sekitarnya,
Kerana mereka tiada kuasa untuk berbuat apa,

Kejamnya si tua...
Kerana mengambil kesempatan keatas mereka,
Kerana mengambil mudah urusan si muda,
Kerana mendahului yang tua atas urusan si muda,

Kejamnya si tua....
Kerana mengalpakan si muda,
Kerana membiarkan si muda teraba-raba,
Kerana menganggap mereka tak tahu apa,

Kejamnya si tua.....

::-Indeed there is-::

Coretan yang aku runtun dari blog seorang Sahabat-Cikgu Asha

Sahabatku,
Saat kau terbaca coretan ini,ketahuilah olehmu bahawa aku sudah nekad dengan keputusanku untuk meninggalkan pelabuhan yang menjadi persinggahan kita.Aku tak mampu memujuk hatiku lagi untuk terusan memaafi setiap kesalahanmu terhadapku.Rasanya telah beberapa kali aku mencuba untuk meneruskan pelayaranku tanpamu,namun setiap kali itu jua kau menghalangi niatku.Airmataku sudah kering untuk membasuh setiap kelukaan yang tercalar di hati ini.
Sahabatku,
Senja nan berlabuh bagaikan faham resah hatiku..lalu dihantarinya aku pelangi petang yang pernah menjadi saksi cinta kita.Pada pelangi petang telah aku bisikkan segala yang terpendam di hatiku.Suramnya pelangi petang bagai berkongsi derita dengan aku yang semakin lelah menghitung warna kecewa di dalam hidupku.
Coretan ini aku tulis dalam titik airmata yang degil untuk terus menemaniku.Sehingga ke detik ini,aku masih bertanya kepada diriku atas kesalahan apa aku dihukum sebegini rupa.Hukuman yang kau jatuhkan buat aku terlalu perit untuk aku terima.Benar jua kata sang pujangga..pertemuan itu tak ubah seperti dua buah kapal yang saling berpampasan sebelum menuju ke destinasi masing-masing.
Di penghujung bicara ini,aku mohon kemaafan di atas segalanya dan terima kasih jua untuk segalanya.Pintaku usah kau jejaki aku lagi,kerana aku tak mampu untuk menggenggam kecewa buat kesekian kalinya.MAAFKAN aku...


::-Very nice words-::

Saturday, May 16, 2009

Friday, May 15, 2009

Untuk guru pedalaman

Patah semangat bila si pedalaman
menyapa di hujung anjung jantung
sukar untuk aku menerima kehadirannya
bermainlah perasaan ngeri takut gelisah
di antara dua laluan kiri dan kanan medula
janji perlu aku tunaikan....ku sahut panggilan
si pedalaman,
Kini bertahun aku meninggi diri
antara pelukan pedalaman
aku sedar sapaan nya dulu mengajarku erti
kehidupan, memberikan aku semangat
untuk kisah anak didik berumah ruai
pada tatapan mereka
aku lah gedung ilmu paling berharga
menunggu masa untuk diluahkan sahaja
berbaris memanjang kepinginan mereka
menjenguk minda aku,
ingin sekali mereka mengenal
nama si pendidik ini...

Kau Diciptakan bukan untuk dicaci- Hari Guru

Guru banyak cuti...
itu cuma firasat mereka, mainan minda
cemburu kerana tanggungjawab seorang
guru terlalu besar umpama tiada bernoktah
Guru kerja setengah hari....
itu cuma ramalan mereka, suka mengata
dengki kerana amanat yang ada pada
seorang guru terlalu banyak tidak
terhitung jari kaki....
Guru balik rumah tidur..
itu cuma kiasan mereka, kemarau fikiran
ego kerana mereka merasa terlalu kerdil
kerana tugas guru umpama ruyung
terlalu bersemi....
Guru kerja senang...
itu cuma cerita bohong, pesimistik perasaan
kerana cetek nadi ilmu, tidak mengenal
apa sebenar tugas guru
Guru kami hebat...
itu bagi insan yang mengenal siapa guru
apa dimana untuk siapa
itu adalah antara yang bertunas
Guru kami baik...
itu bagi hati yang mulus dan tulus
punyai iman dalam hati, tidak berprasangka
Guru kau adalah segalanya, tiada yang kedua
kau adalah noktah sebuah kehidupan yang sempurna.



::Sajak spontan ini dihasilkan melalui engkabang.net:: - Cikgu Asha terima kasih

Namamu dijulang-ASC 2008






The best achievements of all

Anugerah Sekolah Cemerlang 2008 -Kategori SKM Pedalaman

Peace!!





Sempena dengan minggu Panitia Matematik 2009

Semua Murid dan Sebilangan Guru termasuk AKS yang turut menjayakan.

Pada siapa ku ceritakan




Terlalu indah buat insan lain
tapi pada aku ia begitu pahit
sukar untuk aku menerima seadanya
sukar untuk menyaksikan semuanya
kerana kudratku kontang
tidak dapat ku layarkan impian
ini, biarlah ku pendam dulu
biarkan ia menagih pada kereleaan yang hampa
biarlah kecewa berdendang rancak
menyepikan tawa ku,
Tidak ku sanggup begini namun
arus harus ku tongkah demi
waktu yang bertindih masa
Pada siapaku ceritakan?

Thursday, May 14, 2009

Kaulah segalanya- ALDI7864

Teman, bicaramu teramat indah
Aku kadang-kala tidak mengerti akan perasaanku
Sukar untuk ku lafazkan padamu
Andai kau tau kau bukan saja teman malah lebih dari segala
Yang ada di muka Bumi ini
Keikhlasanmu tiada kedua, aku merasai
Sehangat kasihmu....

Teman, andai tiba saat kita terpisah
Akulah insan yang paling merana
Kerana aku tahu hati ini berpaut pada kejujuranmu
Andai ku berdiri di sini tanpamu nanti
Apalah dayaku, bagaimana hendak ku tempuhi
Saat-saat yang kunjung bertandang

Teman, ingin sekali ku bisikan pada lembut hatimu
Kau adalah segalanya bagiku, sejujurnya
Setiap detik tanpamu menyukarkan hari-hari ku
Bila tiadamu di depan mata aku tercari-cari

Teman, jangan luputkan nama ku
Di hatimu, walau kasihmu berada di mana pun
Jangan kau lenyapkan kenanganku
Pada perasaan mu......
Kasih ku tidak berbagi.


aldi-Seorang Teman....

Relakan kepergianku

Tersanjung namamu di ubun-ubun,
bersemadi pada kesenian jiwa
melingkari setiap pelusuk urat-urat
jemari, tergenggam erat bersama tonggak
harapan yang tidak pernah luntur
Hanya padamu aku serahkan segalanya,
telah tiba waktu untuk kita merelakan
kepergian masing-masing
Airmata tertahan, waktu untuk dijatuhkan
melolosi kedut usia berbaur pengalaman
manis dan pahit, semuanya jadi pengapit
kenangan kita berdua.

Satu pintaku, relakan aku
pahat namamu pada degupan ini
biarkan ia mekar tersemi
bersama dengan memori sejarah kita
relakan aku kenangmu hingga ku bersujud nanti
menyembah pada tanah, berhembus bersama bayu.
relakan kepergianku....



Puisi untuk seorang SAHABAT

Lirik lagu ni cantik-ada maksud mendalam

Superhuman Lyrics

Weak
I have been crying and crying for weeks
How'd I survive when I can barely speak
Barely eat, On my knees

But that's the moment you came to me
You don't know what your love has done to me
Think I'm invincible
I see though the me I used to be

You changed my whole life
Don't know what your doing to me with your love
I'm feeling all super human, you did this to me
A super human heart beats in me
Nothing can stop me here with you
Super human (I feel so superhuman X2)
Super human

Strong
Since I've been flying and writing the wrongs
Feels almost like I've had it all along
I can see tomorrow

Well every problem is gone because
I flew everywhere with love inside of me
It's unbelievable to see how love can set me free

You changed my whole life (life)
Don't know what your doing to me with your love (uh-huh)
I'm feeling all super human, you did this to me
A super human heart beats in me
Nothing can stop me here with you
Super human (I feel so superhuman X2)
Super human

It's not a bird, not a plane
It's my heart and it's going, gone away
My only weakness is you
Only reason is you
Every minute with you
I can feel like I can do anything
I'm Going going, gone away love

You changed my whole life (oh uh)
Don't know what your doing to me with your love (to me with your love)
I'm feeling all super human, you did this to me, yeah
A super human heart beats in me
Nothing can stop me here with you
Super human

Wednesday, May 13, 2009

Hadiah Paling Istimewa- puisi sempena 16 Mei

Bertahun lamanya dirimu,
Menerangi kegelapan pedalaman ini,
Sinar kegemilangan mula senyum, bagai mentari pagi,
Biarpun titisan embun rindu menitik pada atap keimananmu,
Engkau tetap mengatur langkah juangmu,
kerana tiada bicara undur dalam diari hidupmu,

aku tersedar dari mimpi malasku,
aku bangkit menuju ke jendela usaha,
menadah ke langit biru jaya,
biarku hembus nafas keyakinan bersama angin cemburu
selagi dirimu berada di sisi,
aku tetap mendaki gunung ilmu, kerana aku ada tongkat kejayaan,
aku tetap bergalaskan kecemerlangan, aku tahu dirimu adalah hadiah paling istimewa

baktimu tidak pernah pudar dari warna bingkai hatiku,
aku tetap patrikan dan tanam sedalam lautan,
kau tebarkan akar didik pada halaman naluri ini, walaupun pahit,
aku nescaya buahnya cukup manis,
semalam, hari ini esok dan selamanya,
namamu aku pahat pada liang jiwa,
aku tetap simpan bersama lipatan memori,
aku nekad aku tidak persiakan kata-kata hikmatmu,
kerana aku perlu berbekalkan semangat mu bila
di menara gading nanti,

guru,
biru hatimu,
merah semangatmu,
putih jiwamu,

Terima kasih guru…………….kerana kau adalah hadiah paling istimewa

Kedengkian

Pernah aku tergelincir seketika

kerana kebencian menolak keikhlasan dan kejujuran aku

ketika berada di lorong ini

alurnya sungguh licin dan berlopak dengki

namun demi sebuah perjuangan

aku gagahi jua langkah perit

menelan sisipan kata-kata nista

tapi itu cuma seketika

kerana aku punyai teman-teman

yang sanggup mendodoikan lagu kesetiaan

dan menemani aku sepanjang langkahku.

Katamu berbaur nista

Tidak ku menyangka begitu kejamnya suaramu
lidahmu tajam menghambur bicara yang cukup pahit
namun ku telan kerana ia memberikan pengalaman
yang cukup buat aku
tidak kah dirimu sedar secubit perasaan telah
terguris, bukan elok pada pandangan mata
namun ia tetap angkuh untuk berkata tidak
kerana pada saat rindu yang telah aku simpan
ia terpatri semula, semangat ini mulai hambar
sepi dan bernoktah
mengapa kau tidak mengerti jiwa yang telalu
menyayangimu?
Aku masih setia pada waktu itu.

Tuesday, May 12, 2009

Perpisahan ini...

Tiap kali aku renung bingkai gambar mu
terbayang bayang-bayang kenangan yang telah kita
ciptakan waktu dulu
hingga saat ini ia masih lagi berdendang antara sedar dan mimpi
pernah untuk aku melupakan segalanya
namun semakin payah ia lenyap dari rongga pemikiran
ah....kenapa kita berjumpa dan terpisah?
sedangkan hati ini riang saat kita begini
kenapa kau harus berlalu saat aku memerlukan
iringan untuk sebuah kebahagian mutlak
kenapa kau melambaikan selamat tinggal kepadaku
saat aku berdiri teguh di sini.

Ketika Sunyi Menjadi Teman

Alunan rindu semalam
masih lagi mendayu
pada barisan halwa rasa
biar pun kau telah tiada
aku tetap menanti dengan penuh harapan
aku tetap merasakan dengan penuh ketulusan
getar jiwa ini masih terlalu muda untuk kau tinggalkan
kenapa?harus dijadikan aku insan yang merana
memendam seribu rasa....
Untuk melepaskan kau pergi
tidak semudah kau sangka
aku tekad untuk sembunyikan perasaan iniaku rela terjadi begini
telah ku hapuskan air mata
dan ku iringi setiap langkah kepergianmu
sukar untuk ku rasa
kerna hati ini telah terluka
kau calar dan tikam dada iniaku meratapi kesepian yang kau tinggalkan dulu.....

Ketika berlalu waktu

Akhirnya kau pergi tanpa meninggalkan sebarang pesan
kata-kata bakti pun tiada
hanya aku yang masih di siniberjuang mara ke depan
tanpa sekelumit pun di hati tersasar untuk berundur
semakin aku hidup dalamikhlas tiada kuasa mampu
menghalangnya hentikan tutur katayang bertulangkan dusta
kebeningan pekat malam
membangkit kepayahan
jiwa, aku tetap seperti pertemuan kita....

Jangan tinggal daku

Semalaman mata ini bangkit
meratapi pemergianmu
tidak dapat aku menyeka air mata ini
terlalu rapuh untuk aku tahan
kau tidak pernah mengerti perasaan ini
kau tidak pernah merasa kehadiranku
hanya aku yang melukut di sini
menanti penuh kesabaran
menunggu penuh keikhlasan
andai kata kau kunjung nanti
akan aku hadiahkan sebuah kenangan yang telah aku bingkaikan
dengan manik-manik pengalaman
telah aku cermin dengan hiasan kejujuran.....aku setia di sini