Pages

Saturday, May 15, 2010

Wednesday, May 12, 2010

Pengertian CINTA buat aku

Dulu aku terkontang kanting mencari apa itu sebenarnya CINTA. Aku keliru dalam kabus kehidupan diriku yang penuh dengan kesamaran. Tapi sebenarnya, pernah untuk aku mencari erti sebenar siapa aku. Lantas aku berada diawangan ku sendiri demi perjuangan yang berpanglimakan aku sendiri. Aku sedikan dengan perisai dan belati demi pertahankan keutuhan CINTA yang aku impikan. Namun, kegagalan seringkali menghantui segalanya. Kerana kegagalan itu lah aku gugur buat kali pertama. CINTA benar-benar menghukum aku saat itu. Hampir sahaja ku leraikan jasad dan nyawa ini, namun wajah Ibu seringkali muncul, menahan aku terus melakukan dosa.
Aku bangkit semula dari kejatuhan pertama. Aku merangkak mencari jalan sebetulnya untuk aku keluar samar-samar hidup ini. Pengorbanan demi pengorbanan yang telah aku lemparkan untuk memenangi CINTA, namun pengorbanan aku disalahertikan lalu ditertawakan. Apa salah aku? Apa salah aku?
Kini, aku sedar pengorbanan kadang kala memang pahit untuk diri kita tetapi manis untuk insan yang kita sayangi. Biarlah CINTA bahagia, walaupun pada dasarnya kita terlalu menderita. Pengalaman mengajar kita menjadi keras kepala. Ya, aku masih ingat kata-kata ini. Lalu ku sematkan jauh di lubuk hati, tak terselam. Kesedaran CINTA aku sedikit sebanyak mengubah cara pemikiran aku, tiap saat memang CINTA yang aku fikirkan hanya DIA yang bertakhta di dalam ruang sanubari. Walaupun, dia tidak mengerti. Agar dia bukan seperti kisah lalu.....

CINTA indah, CINTA merana......semuanya C.I.N.T.A...

Selamat Hari Jadi BLOG KU



Setahun melangkah bersama di arena ini, walaupun tak sejauh mana, namun kepuasan untuk aku bersama blog kesayangan ini memang terpatri. Aku benar-benar menghargai rakan-rakan yang selalu memberi tunjuk ajar untuk aku meneruskan perjuangan puisi yang selalu ku coretkan dan hiaskan pada blog ini. Perasaan suka dan duka sepanjang berblog ternyata memberikan kepuasan terhadap diri sendiri. 12 Mei 2009.....langkah pertama ku untuk menghasilkan blog sendiri....nah di sini terbukti telah ada.....SELAMAT HARI JADI BLOG KU...

Tuesday, May 4, 2010

Harapan atau Impian...?

Sekali lagi
pintu hati ini diketuk
lalu ku sahut
dengan nada lemah
ku buka luas seluasnya,
perlahan sekeping hati
terbongkok masuk.
Siapakah gerangannya
Dia menarikan segalanya
di sekeping kanvas
perasaan, terpalit
antara degupan jantung
dan
merah hati.


Aku sekali lagi menerima kunjungan seorang insan yang pernah aku impikan. Aku tidak menyangka bahawa dia menyimpan perasaan yang sama. Kerana aku terlalu banyak kekurangannya, aku pernah ditinggalkan tanpa sebab dan munasabab yang kukuh. Ketika aku ditinggalkan, aku seringkali bertanya.....Kenapa? Apa salah aku?

Lalu aku berulang kali bertanya pada dirinya, namun dia gagal untuk aku temui. Aku benar berduka, hinggakan ada satu masa ku fikirkan kenapa aku harus begini?

Dicintai tapi ditinggalkan, dia bina aku....tapi dia hancurkan aku. Kenapa?

Malas aku ungkit, tapi seringkali ia terbit, setiap kali insan yang ku ceritakan ini. Bermacam kata-kata manis dia taburkan. Seperti sejarahku lalu...Lalu aku masih lagi sangsi dengan kebenarannya, tetapi aku selalu merayu pada yang Esa agar dia lah insan yang aku cari selama ini. Jangan terlalu mudah untuk mendampingi aku lalu lepas itu aku ditinggalkan setelah aku benar menyayangi. Aku merayu padanya...kerana segala keperitan bila kita ditinggalkan teramat perit! Amat pedih! Aku benar-benar merayu, andai tiada jalan diantara aku dan dia, tolong terangi aku apa silap aku....Itu saja yang aku inginkan.

Aku makhluk biasa miliki naluri yang sama, tapi jangan terlalu mudah untuk menyeksa hati dan perasaan ini, kerana aku terlalu naif aku terlalu jujur dalam segalanya......jadi adakah dirimu HARAPAN atau IMPIAN??

Saturday, May 1, 2010

Masalah lagi....kereta savvy ku parah!

DAH LETIH BERSAMA NGN AKU KER savvy?!!


Hari ini memang malang buat aku, dah la insan yang jauh tu ada masalah, nak tolong dia aku sendiri ada masalah yang timbul. Aku nak buat macam mana lagi? Kenapa Tuhan sediakan aku dengan ujian seperti ini? Kenapa aku tidak seperti insan lain? Jahatkah aku? Buruk sangatkah aku?

Baru jer aku tolong dia, ni kereta aku pulak buat hal....eeeee, apa lah!! Teruk nyerr!! Ni mana aku nak cari spare part nak buat? Siapa yang nak bantu aku? Kawan? Bukan semuanya tau tentang aku, yer la aku ni bukan mudah nak mintak tolong, sebab aku jenis yang 'independent'. Susah nak bergantung ngan sesaper pun....

Aku nak orang lain bahagia kerana aku.