Pages

Monday, August 31, 2009

Ku pasti bertahan



Langkah ini semakin gagah menyusur
hari-hari yang mendatang kerana
ada dirimu di samping, memberi
kekuatan, walau tiada riakmu
Ku pasti bertahan dengan kehadiran
kasihmu semalam,

Kini aku bagai mengukir mimpi
bersama mu....
Kerana kau menguatkan, menguji
untuk mengharungi hidup ini,
Payah yang tertanam, ku cuba
sirami dengan segala keyakinan
bajai dengan keikhlasan,
Bukan mudah untuk kita,
Hati ini ingin memanggilmu
saat bersendirian....

Segala yang ku rasa hanya dirimu
ketika cinta bersua aku gementar
ketika cinta bertandang aku gundah
haruskah aku?
Kalbu ini terlalu merindui
Aku menyayangimu saat kita bersua.

::ku ciptakan untuk insan yang ku sayangi kini::
Terima Kasih kerana menyayangiku walau saat kita terlalu jauh

Friday, August 28, 2009

Aku temui erti sebuah rindu

Hari-hari yang berlalu aku
lalui dengan penuh resah
lirih yang merantai jiwa, cukup memeritkan
apalah daya ini hanya mampu merasa
Tapi, bila aku temui dirimu semalam
aku benar-benar merasakan kemarau pada hati
di basahi hujan, menyuburkan
perkasihan ini.....Kini aku
mengenali erti sebuah kerinduan
walau kita tidak bersua, namun
dapat ku rasakan hati ini
terlalu mudah untuk mengalukan
kedatanganmu, ianya menghijau
walau tidak dibasahi hujan
namun tempiasnya tetap menyegarkan
walaupun rembulan tidak di ribaan
cukuplah cahayanya menerangi bayangan dirimu.

Terlalu sukar untuk melupakanmu
terlalu pahit untuk tidak bersamamu
walau diriku cuma sekadar pinggiran
aku tetap perjuangkan semangat kasih ini
pada mu.

Wednesday, August 26, 2009

Gelap lah hari ni?? UPSR hampir tiba.


Hari ni balik sekolah. Seronok bila sampai di sekolah, semangat hendak mengajar budak-budak berkobar-kobar. Resah, Gelisah, Takut, Gementar semuanya menjadi perencah. Adakah aku tidak cukup persediaan dengan mereka? Atau adakah aku tiada komitmen langsung. Harapan aku memang setulusnya mereka LULUS cemerlang.

Gelap mata hitamku.

Sunday, August 23, 2009

Pahit untuk aku lepaskan...

jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorg..
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja..
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..

jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya..
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
kamu akan menyesal..

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
menyayangimu..mengasihimu..
mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..
kamu juga akan menyesal..

Tuesday, August 18, 2009

Aku harus pergi....



Bukan aku minta, tapi ku kira ini adalah jalan terbaik untuk aku melupakan segalanya tentang dia. Walau dasarku cukup parah, tetapi parah lagi bila kita hadir bagaikan bayang-bayang. Bila diperlu merayu, bila kemenangan ditinggalkan. Untuk apa lagi harus aku bersengketa dengan perasaan ini, bila hatinya tiada padaku? Jalan terbaik untuk aku ialah meninggalkan daerah periuk nasi ini. Biar aku redah cabaran di depan. Ikrar aku, AKU TIDAK MAHU BERKEDUT DAHI.......biarlah perasaan ini menanggung segala kedukaan yang berbaki.

Sunday, August 16, 2009

The Climb

This song is very Inspirational, I love when I watch the Hannah Montana Movie....I mean I love the song that she sing....mean a lot.

I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,
You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes they knock me down but
No I'm not breaking
The pain I'm knowing
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
It's all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

Kita Ni Kawan Kerr...???

::- Petikan Puisi yang aku ambil dari E.net....sungguh bermakna

sesekali tu terfikir juga
kita ni kawan ke
sebab kadang-kadang bukan macam kawan
asyik benar bersengketa
macam musuh ada lah.

sesekali tu terfikir juga
macam mana kita boleh jadi kawan
siapa dulu yang tegur siapa
siapa dulu yang senyum
kiranya yang mula mula..

sekali tu aku fikir juga
kenapa kita boleh jadi kawan
jadi teman sejati lagi
ala-ala lagu teman sejati lagi
baik sangat ke kita
macam orang lain tu...

sekali aku fikir juga
kenapa sanggup call aku
berjam jam pula tu...
walaupun dok jauh
nun disabalik awan..

sesekali aku fikir juga,
fikir punya fikir
kenapa jadi macam ni
saling ingat tika dok jauh,
saling cemburu bila bersama yang lain

urgghhh......
dan habis ku fikir
memang kita sehaluan
arah tuju kita sama
kita saling memerlukan
ya ke?
tak tau la pula..

Friday, August 14, 2009

Aku dan anak buah


Anak Buah...itu lah pengubat lara, pelepas tekanan. Riang hati mereka mengubat parah tekanan.....

Monday, August 10, 2009

1 Malaysia.....Indahnya Bandarayaku






Tanggal 3 Ogos 2009, seramai 8 orang murid di bawah jagaan saya telah terpilih untuk menyertai Program 1 Malaysia, Indahnya Bandarayaku. Berbeza daripada Fasa 1 kali ini rombongan kami akan melawat ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Memang ini adalah pengalaman yang paling manis buat kami lebih-lebih lagi murid yang terpilih. Walaupun keletihan namun ia tidak pun menghalang kami untuk terus memantapkan lawatan....

-::Kami Anak Malaysia::-