Pages

Sunday, February 26, 2012

Lebih baik begitu



Kenapa masih tidak mengerti?

Kenapa masih seperti itu?

Aku seekor kumbang gantian.......gitu!

Thursday, February 23, 2012

Kenangan mengusik

Kisah lampau kembali menerjah di antara ruang perasaan petang ini :(

Bila dikenangkan kenapa semua ini harus terjadi. Kenapa?

Aku masih lagi terasa sangat perit menempuh semua dugaan yang telah dia berikan padaku. Sangat menyukarkan setiap hembusan nafas yang dihela. Tersedak tatkala semua nya memagut keindahan saat ini.

Terkadang hati ini tersangkut pada akar kenangan yang menjalar, tanpa memberi ruang untuk aku berjalan melalui denai2 yang kusam.

Aku tidak mengerti sama sekali kehidupan ini yang aku lalui, sungguh tidak aku menyangka semuanya sekelip mata merubah kebahagiaanku. :(

kadangkala bila disebut namanya aku jadi sedih, kerana terlalu banyak yang aku harapkan pada dia, terlalu banyak yang ingin aku kongsikan bersama dia......

Setenang warkah emas


Cukup indah ciptaan yang Maha Agung......

Wednesday, February 22, 2012

Di sini.....




Semua yang berlaku di atas kehendakNya......

i miss u




ungkapan tiga patah perkataan, yang memberikan maksud yang sangat mendalam.....

kadangkala d ungkapkan sbb kita merindui kekasih, kadang2 d ungkap kerna kita merindui sashabat kita.....but top of the list....mmg untuk org yang kita syg....

kadang gak kita kene simpan semua perasaan tu, kalau keterlaluan nnt makan diri......


kpd yg pernah ungkapkan ayat ni pd sy....tima kasih lah bebanyak yerrr.....i miss u too.....

but i hv to remember that day.....when i said this words....dia ckp buat apa nk miss org yg xtau nk berkawan.....

hati sy tersentuh.....

i realize then.....xsemua yg kita inginkan kita dapat......

btw.....pic atas tu....mmg sy rindu sgt2!

Tuesday, February 21, 2012

Hanya sebagai sahabat

Bila difikirkan, maka ini adalah jalan yang terbaik untuk cara kita berhubung sesama kita.
Menjadi seorang sahabat paling setia adalah sesuatu yang sukar. Namun kita terus memberikan
Kepercayaan kita.

Monday, February 20, 2012

Datang dan pergi

Begitulah setiap episod hidup kita, ada yang datang...bertakhta di hati, kita sayangkan dia yang datang itu. Kita hargai semua yang kita lakukan bersama dia. Semua kita lakukan untuk kita buktikan betapa kita sayangkan dia.

Suatu hari.....

Setelah berkurun kita kenal dia, dia khabarkan berita paling menyedihkan dalam sejarah hidup. Dia bakal meninggalkan kita selama2nya demi untuk kebahagiaan orang lain. Kita redha dan tabah menghadapi segala dugaanNya.

Selepas itu.....

Kita yang ditinggalkan mula terasa kesunyian dan mulai mencari dimana silapnya kita sendiri, tapi kita merasakan yang kita tidak pernah melakukan kesilapan itu. Hari demi hari kita lalui dengan penuh derita, namun untuk hidup biarlah kita telan semuanya.

Seterusnya.....

Kita mulai mengenali seorang demi seorang yang kita fikirkan layak untuk diri kita, tika saat memerlukan. Kita mulai merasa sayang dari ke hari, kita mulai merindui. Kita mula inginkan dia selalu berada di tepi dan sisi kita.

Tetapi....

Kerana silap kecil kita, kita mulai dimarahi dan banyak tanggapan pasal kita. Namun kita harus sedar semuanya mungkin sementara di dunia ini. Kita hanya dipinjamkan.

Saya semenjak mingu2 lalu sering jer sakit kepala menyerang......mungkin terlalu banyak berfikir....aku terus begini selalu :)

Benar kata untung, tipu kata rugi



entah apa2 yg aku duk merepek ni....

Kehidupan masa lalu benar2 membuka mata aku, benar2 semuanya menguji kesabaran. Itulah kerana terlalu menanam cinta dan syg tu, jgn lah 100%, kelak akan menyesal. So now......yes I am regret for thing was happened to me.....
Tapi aku kene lalui semua dengan tabah dan penuh yakin......walaupun berjalan seorang diri....

Jangan pernah menganiayai insan yang menyayangi kita, kerana bila hatinya terluka, ianya sangat menyakitkan.

Susah dan senang semua kene amik kira sendiri lepas ni. Pedih pun kene ubat sendiri, semua kene buat sendiri.

Hanya padaMu aku berserah nasib, tentukanlah kehidupan aku kelak ya Tuhanku. Berikan menerus kekuatan ini, jangan pernah rampas walaupun sedikit. Kerana itu azimatku.

hatikenekuatdantabah......selalu

Di sini.....

Andai aku tiada.....

Cinta ini



Seperti kebanyakan orang, aku pun tidak lari dari kesilapan, kesilapan yang aku lakukan bukan pintaku tapi wujud kerna kasih dan syg ku...semua yg aku lakukan adalah kerana rasa kasih dan sayng. Namun semuanya musnah dalam sekelip mata jer. Begitu lah nasib bila kita lahir ke dunia tanpa ada penghargaan dan budi untuk dikenang. Begitu sukarkah semuanya?

Kudrat ini




Semua ku lakukan untuk mengembalikan semua kekuatan aku untuk terus menempuh hidup ini. Kelak aku berjaya. Aku teruskan perjuangan ini dengan penuh harapan dan impian. Seperti wanita di atas, sesak bersama bunting padinya. Kudrat empat itulah dia kerah untuk lakukan semua......semoga aku begitu terus berjuang walaupun jalan ku lalui penuh ranjau dan sendiri.......

Sunday, February 19, 2012

Langkahku

Semakin hari semakin kuat rasanya kaki ini melangkah, semakin hari semakin tabah rasanya.....dan aku mampu tarik nafas lega. Terima kasih kerana kehadiran dia kali ini boleh menyerikan hidup aku yang pernah terumbang ambing. Hanya aku mampu senyum lagi. Dan kisah yang paling best....berat badan bertambah lagi.....terima kasih kat awk......aku mulai syg dia.....cinta...mungkin kah.....tp harapan tu berpada......

Wednesday, February 1, 2012

Aku berlari bersama Labit

Aku terus dibiarkan menakung airmata bersendirian, menghadapi semua yang sangat pahit untuk aku telan. Segalanya amat-amat payah bagiku. Terlalu susah untuk aku melupakan, kerana aku tidak sama sekali bersalah dan aku sangat2 menyayangi dia. Entah mengapa dia kejam merejam kebahagiaan aku? Terlalu banyak kenangan manis perlu aku lupakan bersama dengan dia. Mampukan aku membakar semua kenangan itu? Sendu ini bertaut lagi, kesedihan aku bukan kepalang. Aku sahut semua kehendak dia, lupakan dia, jangan antar apa2 mesej dengan dia, aku xmampu, aku xmampu lakukan semua itu. Hari2 aku lakukan semua tu, tetibe dia sekat semua itu, bagaimana? Bagaimana?

Dia mudah2 jer lupakan aku, mudah2 suruh aku lupakan semua.......

Hanya Tuhan jerr yg tau betapa sukarnya apa yg aku alami sekarang ini. Aku cuba untuk bangkit melawan semua itu, aku cuba dan terus mencuba. Kerana aku menyayangi dia lebih dari apa yang aku ada di dunia ini. Kini semua telah berakhir, tinggal lah aku dalam semua kenangan2 kami. Aku akan terus hidp dalam kenangan itu. Dan akan terus mencari sinar yg mampu memberi senyuman kepada aku.......apa pun biar Tuhan membalas segala apa yang telah dia lakukan. Biar Tuhan tau......selamat tinggal kenangan2 ku......

Labit.....tunggu Totis yerr.......Luv U Labit yg comel :)