Pages

Monday, April 16, 2012

Hati terasa sakit

Kalaulah tau apa perasaan ini, kalau lah tau apa yg aku hadapi nescaya kau akan mengerti apa kemahuan ku....tapi aku diamkan diri kerana sengketa akan melanda andai aku terlebih bicara.

Hati kadang kala terasa sakit teramat dengan sikap diri sendiri yang tidak pernah mengerti bahagian diri sendiri. Bila kita melukut di tepi orang, berpada lah, jangan memijak kepala orang. Kelak ia akan membinasakan kita sendiri. Tuntutan kehendak itu memang tinggi, tapi untuk menunaikan kehendak itu mungkin payah. Jadi sekarang ni aku akan cuba untuk mendiamkan diri dan menjalankan kehidupan seperti dahulu.

Lebih seronok dan bahagia aku sendiri begini :) meniti hari tanpa memikirkan hal orang lain, cukup lah aku mengambil berat diri sendiri yang dah sarat dengan masalah. Dan semua tu aku atasi dengan sendiri. Ya! Atasi dengan sendiri lagi. Dulu aku berdua, dia banyak memberi kata semangat kepadaku......walau pun dia meninggalkn aku, aku bangga kerana dia mengajarku erti hidup ini, dia banyak mengajar aku erti kesabaran, terima kasih buat awak..... :)

Rindu?

Sebenarnya aku tidak tahu bila rindu ini membelah kesuma di dada, mungkin kah aku tidak sedar bahawa wujud telah rasa ini disanubariku. Kadang kala monolog pada diri sendiri, bertanya pada keangkuhan diri sendiri, sedangkan ego itu tau dah jawapannya.

Apa yang pasti rindu ini tidak semegah dahulu, rindu ini hanya sepintas menyentuh sanubari dia. Aku berjanji pada diri sendiri lagi, betapa pahitnya menerima kenyataan seperti ini, berjalan bertutup muka, bertopengkan kepalsuan yang dicipta sendiri. Adakah itu untuk kepentingan peribadi, dan hiasan semata mata. Bukan 100% akan aku persembahkan, cuma aku perlu mengikut gerak hati, aku sedar siapa aku.......

Jangan biarkan aku memilih

Sunday, April 15, 2012

Ketika ini

Satu persatulah tinggalkan diriku.....

Namun aku teruskan hidup ini, menongkah arus sendirian lagi, perjalanan ini memerlukan ketabahan, langkah ini memerlukan kecekalan, aku pernah gugur bersama angin rindu, aku pernah hilang arah bersama bayu cinta.

Langit tidak selalunya mendung, Tuhan menurunkan hujan lalu menghadiahkan aku pelangi. Cuma aku berharap pelangi ini sentiasa menerangi jalanku yang sangat memerlukan sinar.

Jangan buat mendung di hatiku....kerana ia sangat menyakitkan. Aku cuma berharap pertemuan kali ini memberikan seribu kemanisan yang berpanjangan. Walau kita berdua sudah pasti tahu akan kesudahan yang tidak akan berpanjangan, tapi perjuangan cinta kini harus diteruskan dan diiring.....

Kekalnya kita untuk bersama mungkin tidak, kerana aku tau keutamaan bukan pada aku, aku hanya singgah sementara, kerana aku bukan akan abadi bersamamu, tapi aku berusaha untuk mengekalkan diri di sudut ini.

Bukan senang menapakkan diri di sini tanpa kelibatmu bersama, seharian disini akan aku lalui seorang diri, betapa aku inginkan seorang yang kekal bersama ku hingga hembusan terakhir, tapi itu mustahil bagi kita dan teramat mustahil. Jika memilikki cinta ini sementara biarlah ia membahagiakan.

Aku ingin sangat dia di sisiku selalu........

Thursday, April 5, 2012

terdetik

melepaskan semua inginku di sini...aku dah cukup mengenal erti sebuah kehidupan tanpa dia d sisi ku lagi, resah dan porak peranda semuanya, sakit, kecewa, gelisah, rindu, marah, sayang.....semuanya bergaul dalam himpunan satu rasa yang aku kadang kala tidak faham dan mengerti apakah semua ini?

apakah wadah yang aku hadapi? aku tidak mengerti, dan aku tidak menahu apa yang ada didepanku.....

semua yang aku lakukan serba salah, semua tak menjadi, rasa tidak menentu, dan hanya Tuhan tempat aku berbicara, aku berharap agar Tuhan sentiasa mendengar apa yg tersirat dalam hati ini.......

Tuesday, April 3, 2012

Aku terus hidup dalam kenangan kami

Tiap saat yg aku lalui aku merasakan dia tetap hadir dalam hidupku walaupun aku tau dia melupakan aku sekarang. Namun aku terus hidup di antara bilah-bilah kenangan kami. Sekarang ni, hanya gambar dia yang menjadi tatapan tika saat rindu, hanya baju dia ku cium untuk hilangkan rasa rindu, biarlah aku menanggung rindu ini keseorangan asalkan aku sayang dia selamanya.....

Monday, April 2, 2012

Mimpikan dia

entah kenapa semalam aku mimpikan dia? entah kenapa?

dalam mimpi tu aku bertemu dengan dia.....aku gembira sangat2.....sampaikan aku terjaga.....ya Tuhanku aku amat2 merindui dia....sangat rindu....

sejak akhir2 ni aku selalu mimpikan dia, apakah maksudnya mimpiku itu?

aku berharap dia dalam keadaan baik dan sejahtera sentiasa bersama dengan orang baru.....aku nak dia sentiasa sihat dan kekal seperti biasa....

aku sentiasa mendoakan kesejahteraan yg berpanjangan selalu dan selalu untuk dia......amin...amin amin

Sunday, April 1, 2012

Buah Hati Kami




Buah hati kami.....atas dasar syg...ini lah kenangan sy bersama dgn awk,
kenangan ini tetap akan sy simpan sebagai sebuah kenangan yang paling manis dalam hidup sy....sy simpan kenangan ini sampai akhir dia nnt, sy menzuriatkan kenangan kita ini, sy nk kenangan kita ni terus mekar, walaupun hanya sy yg melakarkan kenangan itu.....biarlah kenangan kita menjadi sejarah manis dalam hidup saya.....

bila ditatapi wajah si Jasmine ni, sy akan teringatkan awk....semuanya sy ingatkan tentang awk....semua pasal awk....awk tiada galang gantinya dalam hati sy....sesungguhnya sy sangat2 menyayangi awk....tp awk mungkiri janji kita....awk musnahkan hati sy....sampai hatinya awk...sampai hati sungguh.....