Pages

Monday, February 20, 2012

Cinta ini



Seperti kebanyakan orang, aku pun tidak lari dari kesilapan, kesilapan yang aku lakukan bukan pintaku tapi wujud kerna kasih dan syg ku...semua yg aku lakukan adalah kerana rasa kasih dan sayng. Namun semuanya musnah dalam sekelip mata jer. Begitu lah nasib bila kita lahir ke dunia tanpa ada penghargaan dan budi untuk dikenang. Begitu sukarkah semuanya?

Kudrat ini




Semua ku lakukan untuk mengembalikan semua kekuatan aku untuk terus menempuh hidup ini. Kelak aku berjaya. Aku teruskan perjuangan ini dengan penuh harapan dan impian. Seperti wanita di atas, sesak bersama bunting padinya. Kudrat empat itulah dia kerah untuk lakukan semua......semoga aku begitu terus berjuang walaupun jalan ku lalui penuh ranjau dan sendiri.......

Sunday, February 19, 2012

Langkahku

Semakin hari semakin kuat rasanya kaki ini melangkah, semakin hari semakin tabah rasanya.....dan aku mampu tarik nafas lega. Terima kasih kerana kehadiran dia kali ini boleh menyerikan hidup aku yang pernah terumbang ambing. Hanya aku mampu senyum lagi. Dan kisah yang paling best....berat badan bertambah lagi.....terima kasih kat awk......aku mulai syg dia.....cinta...mungkin kah.....tp harapan tu berpada......

Wednesday, February 1, 2012

Aku berlari bersama Labit

Aku terus dibiarkan menakung airmata bersendirian, menghadapi semua yang sangat pahit untuk aku telan. Segalanya amat-amat payah bagiku. Terlalu susah untuk aku melupakan, kerana aku tidak sama sekali bersalah dan aku sangat2 menyayangi dia. Entah mengapa dia kejam merejam kebahagiaan aku? Terlalu banyak kenangan manis perlu aku lupakan bersama dengan dia. Mampukan aku membakar semua kenangan itu? Sendu ini bertaut lagi, kesedihan aku bukan kepalang. Aku sahut semua kehendak dia, lupakan dia, jangan antar apa2 mesej dengan dia, aku xmampu, aku xmampu lakukan semua itu. Hari2 aku lakukan semua tu, tetibe dia sekat semua itu, bagaimana? Bagaimana?

Dia mudah2 jer lupakan aku, mudah2 suruh aku lupakan semua.......

Hanya Tuhan jerr yg tau betapa sukarnya apa yg aku alami sekarang ini. Aku cuba untuk bangkit melawan semua itu, aku cuba dan terus mencuba. Kerana aku menyayangi dia lebih dari apa yang aku ada di dunia ini. Kini semua telah berakhir, tinggal lah aku dalam semua kenangan2 kami. Aku akan terus hidp dalam kenangan itu. Dan akan terus mencari sinar yg mampu memberi senyuman kepada aku.......apa pun biar Tuhan membalas segala apa yang telah dia lakukan. Biar Tuhan tau......selamat tinggal kenangan2 ku......

Labit.....tunggu Totis yerr.......Luv U Labit yg comel :)

Monday, December 5, 2011

Putus harapanku

Ketika melempiaskan ayat2 ini aku bergelumang dengan perasaan yang aku sendiri tidak mengetahui. Apakah semua ini salah aku? Apakah semua ini berpunca dari kesilapan aku?

Perjalanan yang aku rintis dulu kini bersemak, lalang dusta mulai meninggi tatkala kesabaran ku tertucuk pedih. Batu2 nista mulai ku rasai, menggertak tapak kaki. Tongkat keimanan aku lusuh buruk. Patah.

Setiap detik yang aku lalui terlalu pahit dan sukar kerana dia.....

Dia.....Dia telah mendustai cinta kami. Janji yg terpatri dulu kini menanti untuk pecah. Aku tak mampu lagi untk menahan semua itu. Aku tak mampu bertahan, kerana aku berpegang pada janji dulu akan sehidup semati.

Dulu bukan kepalang kebahagiaan ini terjalin antara kasih kami berdua, tapi kini ia berada di atas puing2 yang tak pasti kukuhnya.
Tapi ternyata aku harus melangkah untuk mencari kepastian untuk diriku dan dirinya.
Meskipun tiada pernah ada jawapan yang terungkap dari dirinya. Tapi naluri ini mengetahui segalanya, dan keputusan ini memang adalah yang terbaik di antara keputusan yang pernah aku lakukan sebelum ini.

MAAFKAN AKU...... <3

Wednesday, November 30, 2011

Sekali lagi

Meratapi sebuah perpisahan adalah perlu bagi aku, kerana aku akan bakal menyaksikan sebuah perpisahan yang bukan aku pinta. Tapi ini semua di atas ketentuan Tuhan. Kita hanya merancang tapi Tuhan menentukan segalanya untuk kita. Mungkin ini adalah jalan terbaik buat kita. Bukan sementara tetapi selamanya. Ya aku tahu bahawa dirimu menyanyangi aku, begitu juga aku. Tapi atas dasar masa depan keluarga awak, jadi tolonglah fikir betul dan sebaiknya yang terbaik untuk awak. Aku tidak berani menentang ketentuanNya. Aku tak berani derhaka padaNya, biarlah apa yang kita lakukan selama ini akan menjadi dosa yang tak pernah padam. Tapi aku dapat merasakan dengan tindakan aku kali ini maka dosa-dosa kita akan terhapus sama sekali.

Aku tak sanggup menjadi batu penghalang demi keluarga awak......

Awak.....awak tau tak apa perasaan saya bila awak cakap apa sebenarnya masalah awak? Saya tersentap, ada perasaan suka, ada perasaan takut dan berasa sedih. Entah lah saya benar-benar tertekan awak. Entahlah saya pun tak tau nak cakap apa dah.

Awak, saya merayu awak fikirlah betul2 untuk masa depan famili awak tu.......

Air mata saya ni dah puas mengalir awak....dah puas mengalir dah....saya dah macam xde perasaan lagi.....

:(

Saturday, November 26, 2011

PadaMu ku berserah

Senyum yang aku lemparkan, pahit didalam aku tanggung, siapa tau dlm hati ini serabut bagai. Banyak mesalah bertandang.....pahit untukku telan.....namun harus jua ditelan.....ye la sapa yang menelan ubat kalu org lain yg demam....

begitulah sukarnya bagiku....tersangat sukar...

memangnya aku menginginkan kehidupan aku seperti dahulu, kerana kini ianya teramat sukar....terlalu sukar, nk menghela nafas panjang pun dah takut apatah lagi perkara sebegini.....aku tak tau macamana suatu hari nanti....

berkocak dan berkocak.....berombak dan berombak dada ini, penuh dengan hitam masalah melanda jiwa.....rasa nk menjerit di atas bukit....BUKIT AUP, SIBU yg paling tinggi setakat ni....yg lain....xtau mana perginya bukit2 tu....

lepas satu, satu maslah timbul....camner nk selesaikan aku pun xtau....jd akhirnya lantaklah asalkn aku masih menadah lappy ni(mampoo?)......

Friday, November 25, 2011

kerna silap kecil..

23 Nov.....

Akan aku ingat tarikh ni sampai bila2, tarikh yg paling melukakan hatiku....
kerna silap...silapkah? aku kene marah bertubi2 dlm hp....aku jadi sangat2 kelu, aku tak mampu nk menjawab, wpun aku tau bahawa itu bukan salahku....

rasa bernanah telinga bila kata2 kesat dilemparkan, panas cuping teling aku semalam...

lantas aku letakkn hp, kerana aku xsanggup mendengar kata2 kejam itu.
bagiku ayat2 MATI begitu kejam dilemparkan padaku.....begitu mendalam maksudnya....

hatiku benar2 tercalar, hatiku benar2 terusik....

selama hubungan kami berdua, dia lebih byk menengking dan memarahi aku....

sedangkan aku bila berjumpa dgn nya.....aku begitu jauh, jauh dr asalku...

terasa juga kadangnya....namun harus aku lawan kerana aku tau, betapa sygnya aku pada dia.....

tp peristiwa semalam...membuatkan hatiku benar2 kecut.....

Friday, August 19, 2011

ada mcm tiada

lately ni mmg aku duk bingung sgt....apa jd sebenarnya pd dia.

walaupun dia tak layan blog aku ni....aku tetap post perasaan sebenarnya. feeling2 xpe la kan...

Tuesday, August 16, 2011

Sibuknya si dia....

Aku selalu bertanya, sibuk sangatkah dia?
Sampaikn tiada masa sikit untuk aku......
seringkali aku memujuk ati ni agar tau apa yang dia tengah lakukan di sana. Aku pun tak pasti, kadangkala timbuk juga perasaan curiga. Ye..la dia pun banyak ceritakan pada kisah silam dia dulu. Perasaan cemburu tetap ada tapi aku harus yakin yang dia bukanlah seperti kebanyakan orang.....