Pages

Tuesday, June 9, 2009

Terbengkalai sebuah harapan

Pernah untuk aku buktikan padanya
betapa ulungnya cinta ini
pernah untuk aku berbisik padanya
betapa mekarnya kasih ini
namun segala yang aku pendamkan
musnah bila dirinya berlalu
tanpa berbicara apa-apa pun
sedangkan aku pernah menitiskan
airmata ini hanya kerana aku merindui dia
tapi inikah hadiah yang aku terima?

Harapan yang terbengkalai,
yang tidak dapat aku susun
memenuhi sudut-sudut janggal
mungkin ia kepastian dan yang terakhir
terpaksa aku sambut, walau ada sembilu
biarlah menusuk lumat ke dalam hati
kerana bagiku dia adalah segalanya....

No comments: