Pages

Sunday, December 6, 2009

Aku terasa kehilangan juga......



Aku menerima panggilan telefon dari anak didik ku sebentar tadi ( 6 Dis ). Aku rasa hiba bukan apa, dia baru sahaja kehilangan ibu tercinta. Kesian. Aku sebak sebenarnya, dia begitu muda menghadap getir paling tabah. Banyak yang terbit dari perasaan aku sebentar menerima panggilan dari dia. Tinggal bersendirian tanpa ibu dan ayah, cuma ada nenek. Begitu terasa sekali aku, kerana dia seorang anak didik yang cukup baik. Panggilan telefon tadi cuma melepaskan kerinduan tatkala ibu telah tiada. Aku cuma berharap dia perlukan kekuatan yang utuh. Aku mengenal ibu anak didik ku, begitu ramah sekali.....kenapa perlu pergi meninggalkan anak yang belum tau mengenali apa itu kehidupan? Sebak aku makin terasa, aku tak mampu untuk berbual dengan dia, aku sedih sangat. Shakiramira anak Rami, tabahkan hatimu anakku, tabahkan dirimu....Biarkan Ibu mu pergi dengan damai..

Anakku....
jangan dirimu meratapi
kepergian Ibu,
Ibu lemah nak,
tiada kudrat ibu menahan
sakit dan derita ini,
maafkan Ibu nak, maafkan Ibu.

Anakku....
jaga dirimu dengan sebaik
mungkin, jangan mudah
lemah pada segala
kemungkinan, Ibu tiada
di sisi lagi
menemani malam mu
menyelimuti mu

Tiada lagi Ibu
mengamati suaramu
Tiada lagi Ibu
melihat kelibatmu
tatkala dirimu
sendirian...

Tabahkan kehidupanmu nak
masih jauh lagi langkahmu
masih muda lagi usiamu
jangan persiakan doa Ibu
Ibu sentiasa memerhati dirimu
di bingkai langit
Ibu sering mendengar tawa dan
tangisanmu, cuma jasad Ibu tiada..

Selamat tinggal anakku..

2 comments:

Bingkai Waktu said...

Sedihhhh....mengapa di saat sianak masih memerlukan kasih orang tuanya mereka ditinggalkan? Semoga ada rahmat di sebalik semua dugaan ini..

redzuan azam said...

Memang sedih cikgu, sy sendiri hampir menitiskan air mata...semoga anak didik ku tabah...