Pages

Monday, April 16, 2012

Hati terasa sakit

Kalaulah tau apa perasaan ini, kalau lah tau apa yg aku hadapi nescaya kau akan mengerti apa kemahuan ku....tapi aku diamkan diri kerana sengketa akan melanda andai aku terlebih bicara.

Hati kadang kala terasa sakit teramat dengan sikap diri sendiri yang tidak pernah mengerti bahagian diri sendiri. Bila kita melukut di tepi orang, berpada lah, jangan memijak kepala orang. Kelak ia akan membinasakan kita sendiri. Tuntutan kehendak itu memang tinggi, tapi untuk menunaikan kehendak itu mungkin payah. Jadi sekarang ni aku akan cuba untuk mendiamkan diri dan menjalankan kehidupan seperti dahulu.

Lebih seronok dan bahagia aku sendiri begini :) meniti hari tanpa memikirkan hal orang lain, cukup lah aku mengambil berat diri sendiri yang dah sarat dengan masalah. Dan semua tu aku atasi dengan sendiri. Ya! Atasi dengan sendiri lagi. Dulu aku berdua, dia banyak memberi kata semangat kepadaku......walau pun dia meninggalkn aku, aku bangga kerana dia mengajarku erti hidup ini, dia banyak mengajar aku erti kesabaran, terima kasih buat awak..... :)

2 comments:

zahrul said...

tema kasih kerna menghargai walau sementara kita berkawan....
;-)

zahrul said...

slmt hari guru wat azam