Aku semakin gelisah dengan ketentuan yang menunggu di hadapan ku. Apakah aku seorang yang tenang menghadapi segala getiran yang memerlukan waktu?
Aku pernah untuk selingkuh pada dasar sebuah kehidupan sebenar. Namun, tidak dapat aku nafikan acapkali memikirkan kebenarannya, aku tertunduk pada kebesaran kuasa Tuhan.
Aku tertiarap pada lantai keimanan yang pernah gilapkan suatu masa dahulu, ketika setahun jagung. Kini, lantai itu semakin berhabuk debu dosa. Apakah lebih perit menyimpan ? Apakah lebih pahit menelan ?
Sedangkan hati yang lain tersenyum melihat aku sering termanggu lantas menjadi sindiran mulut-mulut yang tidak berhati perut. Lancang menyebut, tapi berdindingkan kelemahan diri sendiri. Kadang aku tidak kisah dengan ketidakmatangan pemikiran busuk-busuk itu, tapi ada kalanya hati terusik dengan sinis pahit dari mereka.
Aku tepis dengan penuh sopan, aku tidak suka menyinggung. Biarlah ini satu permulaan buat diriku...Tidak Pernah Untuk Aku cuba berdusta........Prinsip hidup aku biarlah aku menderita asalkan orang lain senyum.....
Kenapalah aku pula? Dah la kerja bertimbun-timbun, kali ni aku lagi yang menjadi mangsa. Kenapa? Ramai yang lain dapat memikul tanggungjawab tu, tapi aku yang kena pilih. Aku terkilan dengan sikap sesetenagh pihak yang suka mengaut nama atas sifat aku yang tak pernah membantah. Tapi aku juga punyai perasaan. Punyai kebebasan untuk berehat. 6 tahun aku menabur keringat di pedalaman ini, tapi kadang kala sepertinya sia-sia.
....Bukan aku tak suka tapi, mereka harus menitikberatkan tugasan lain aku. Bukannya satu dua, BANYAK!! kerana tertekan dengan tugasan baru itu lah aku benar-benar demam hingga semalam. Tak pernah dalam hidup aku tertekan seperti ini. Kalau lah ada tempat untuk aku menjerit memang aku menjerit sekuat hati.....biar lepas ketika tekanan tu....
....Ada pula pihak yang menangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan. Aku memang tak tau kenapa, sebab rasa tanggungjawab dalam diri aku sangat menebal. Itu mungkin kekuatan aku. Ya aku miliki rasa tanggungjawab yang amat tinggi. Andai kata aku tidak dapat memenuhi mana-mana tanggungjawab tersebut, memang aku akan tertanya-tanya. Betulkah tindakan aku? Oleh kerana rasa tanggungjawab yang tinggi inilah aku tidak mudah untuk menolak permintaan orang......memang akui aku begitu, tapi jangan berikan dugaan terlampau hebat ini, rambut ku makin gugur!!
I may not the one you look for I may not the one you care for But deep in my heart you are my world you may said "Get out, you have nothing" but so sad you are everything to me... you broke my heart, you broke my soul I may be say thank you, because you teach me how to live with a broken heart and soul...
Now I crawl seek for true heart but where to find? you darken my sun I live in a dark with my last hope.
Hard to say in a words I keep deep in my heart wishing someone could hear it but no one care to listen I try shout it out but no one care to look Then I realize, I should be a dreamer, for better or worst maybe it has to be like that.
Surely you never knew you never care this emptiness feelings towards this relationships do I need to get waiting and keep waiting? Action!! You told me that... I do, I really do...but now everything has chance Do I exist in your world that you promised before? I wanna stay there forever...You never knew.
JANUARI Bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang, suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas, teratur, bersifat sensitif, berfikiran mendalam, pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tapi tak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yang sangat tinggi.
FEBRUARI Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak, genius, berpersonaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu, rendah diri, jujur, setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, berscita-cita tinggi, suka berangan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.
MAC Berpersonaliti yang menawan dan menarik, mudah didampingi, sangat pemalu, pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah, mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam-kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam muzik, kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.
APRIL Sangat aktif and dinamik, cepat bertindah buat keputusan tapi cepat menyesal, sangat menarik dan sangat manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan-santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.
MEI Kekerasan hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dah leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, pemikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.
JUN ( Ini aku punya ) Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, bersikap terus-terang, berperangai yang lemah-lembut, mudah berubah, sikap, perangai, idea dan mood, idea yang terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, berani dan tiada perasaan takut, suka bercakap dan berdebat, pandai menawan dan memukau, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib dan tulus, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas dan bergaya, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa yang menegur saya adalah kawan saya.
JULAI Sangat seronok didamping, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali diransang, ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain dengan pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.
OGOS Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan-santun dan caring terhadap orang lain, berani dah tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan bersifat kepimpinan, pandai pujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luarbiasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam-kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.
SEPTEMBER Sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya pentaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, bersistematik.
OKTOBER Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan-santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam-kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih, penyayang dan lemah-lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.
NOVEMBER Banyak idea dalam perkara, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
DISEMBER Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian, dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak-ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.
Tidak terdetik pun pada sanubari ini untuk membiarkan dirimu pergi menjauh meninggalkan aku di sini masih terkapa mencari sebuah kepastian tidak bernoktah masih berlegar pada ruangan resah menunggu keesahan yang tiada berjalan mati,
Tapi semuanya kini pasti dan menjadi kepastian yang dirimu tiada lagi di sisi menyanjungku, mengiringku sekadar takat ini perjuangan kita yang sahnya, haluan kita pasti berbeda,
Tiada lagi si Tukang Larut mengisahkan cerita kita berdua hanya kedukaan yang aku tanggung dan derita yang aku sanjung, Apa pun ceritanya, TAMAT.
Aku menerima panggilan telefon dari anak didik ku sebentar tadi ( 6 Dis ). Aku rasa hiba bukan apa, dia baru sahaja kehilangan ibu tercinta. Kesian. Aku sebak sebenarnya, dia begitu muda menghadap getir paling tabah. Banyak yang terbit dari perasaan aku sebentar menerima panggilan dari dia. Tinggal bersendirian tanpa ibu dan ayah, cuma ada nenek. Begitu terasa sekali aku, kerana dia seorang anak didik yang cukup baik. Panggilan telefon tadi cuma melepaskan kerinduan tatkala ibu telah tiada. Aku cuma berharap dia perlukan kekuatan yang utuh. Aku mengenal ibu anak didik ku, begitu ramah sekali.....kenapa perlu pergi meninggalkan anak yang belum tau mengenali apa itu kehidupan? Sebak aku makin terasa, aku tak mampu untuk berbual dengan dia, aku sedih sangat. Shakiramira anak Rami, tabahkan hatimu anakku, tabahkan dirimu....Biarkan Ibu mu pergi dengan damai..
Anakku.... jangan dirimu meratapi kepergian Ibu, Ibu lemah nak, tiada kudrat ibu menahan sakit dan derita ini, maafkan Ibu nak, maafkan Ibu.
Anakku.... jaga dirimu dengan sebaik mungkin, jangan mudah lemah pada segala kemungkinan, Ibu tiada di sisi lagi menemani malam mu menyelimuti mu
Tiada lagi Ibu mengamati suaramu Tiada lagi Ibu melihat kelibatmu tatkala dirimu sendirian...
Tabahkan kehidupanmu nak masih jauh lagi langkahmu masih muda lagi usiamu jangan persiakan doa Ibu Ibu sentiasa memerhati dirimu di bingkai langit Ibu sering mendengar tawa dan tangisanmu, cuma jasad Ibu tiada..
Kesuma ini tertiarap pada lantai usung rindu terpalit segala kenangan pada betis pengalaman tinggalkan kesan guris sedalam lubuk kecewa
Ku cuba untuk membalut sekian luka yang bertakhta senang, namun tiada kudratku aku lemah tanpa tongkat bayanganmu di sisi pada siapa harus aku sandarkan?
Kini kelu bicaramu tanpa sedikit pun mengerti kesepian yang sering melabuhkan pada jendela sunyi...