Pages

Monday, August 31, 2009

Ku pasti bertahan



Langkah ini semakin gagah menyusur
hari-hari yang mendatang kerana
ada dirimu di samping, memberi
kekuatan, walau tiada riakmu
Ku pasti bertahan dengan kehadiran
kasihmu semalam,

Kini aku bagai mengukir mimpi
bersama mu....
Kerana kau menguatkan, menguji
untuk mengharungi hidup ini,
Payah yang tertanam, ku cuba
sirami dengan segala keyakinan
bajai dengan keikhlasan,
Bukan mudah untuk kita,
Hati ini ingin memanggilmu
saat bersendirian....

Segala yang ku rasa hanya dirimu
ketika cinta bersua aku gementar
ketika cinta bertandang aku gundah
haruskah aku?
Kalbu ini terlalu merindui
Aku menyayangimu saat kita bersua.

::ku ciptakan untuk insan yang ku sayangi kini::
Terima Kasih kerana menyayangiku walau saat kita terlalu jauh

No comments: