Pages

Thursday, January 7, 2010

AKU TERTEKAN

Kenapalah aku pula? Dah la kerja bertimbun-timbun, kali ni aku lagi yang menjadi mangsa. Kenapa? Ramai yang lain dapat memikul tanggungjawab tu, tapi aku yang kena pilih. Aku terkilan dengan sikap sesetenagh pihak yang suka mengaut nama atas sifat aku yang tak pernah membantah. Tapi aku juga punyai perasaan. Punyai kebebasan untuk berehat. 6 tahun aku menabur keringat di pedalaman ini, tapi kadang kala sepertinya sia-sia.

....Bukan aku tak suka tapi, mereka harus menitikberatkan tugasan lain aku. Bukannya satu dua, BANYAK!! kerana tertekan dengan tugasan baru itu lah aku benar-benar demam hingga semalam. Tak pernah dalam hidup aku tertekan seperti ini. Kalau lah ada tempat untuk aku menjerit memang aku menjerit sekuat hati.....biar lepas ketika tekanan tu....

....Ada pula pihak yang menangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan. Aku memang tak tau kenapa, sebab rasa tanggungjawab dalam diri aku sangat menebal. Itu mungkin kekuatan aku. Ya aku miliki rasa tanggungjawab yang amat tinggi. Andai kata aku tidak dapat memenuhi mana-mana tanggungjawab tersebut, memang aku akan tertanya-tanya. Betulkah tindakan aku? Oleh kerana rasa tanggungjawab yang tinggi inilah aku tidak mudah untuk menolak permintaan orang......memang akui aku begitu, tapi jangan berikan dugaan terlampau hebat ini, rambut ku makin gugur!!

2 comments:

benk33333 said...

Kita dilahirkan dengan 2 tangan, 1 otak, 1 mulut, 1 hati dan 1 badan, Oleh itu, kita tidak dapat membuat kerja melebihi had kebolehan kita. Apabila kerja diberi itu melebihi had kebolehan kita, mulut kita terus berfungsi untuk memberitahu ‘superior’ kita dan bukan berdiam diri. Hati bukan berfungsi untuk menyimpan masalah yang timbul tersebut.
Jikalau kamu berdiam diri dan menyimpan masalah tersebut, lama kelamaan ‘stress’ akan menyerang kamu dan seterusnya menjejaskan kesihatan badan kamu… Yang seriousnya, fikiran & mental kamu..
Jadi, berbincanglah dengan rakan sekerja atau pengetua sekolah masalah kamu dan menyelesaikannya dengan secepat mungkin. Apabila akar masalah itu dicabut, kamu akan hidup dengan lebih selesa dan gembira… No more Yes man kerana kita bukan Superman!!! Apa kelehihan seperman? Hanyalah seluar dalam dipakai di luar sahaja. Hahahaha…………

Bingkai Waktu said...

Usahlah gusar..anggap saja sebagai satu cabaran..Saya percaya kemampuan snda itulah yang mencuri perhatian pihak atasan untuk melepaskan tanggung jawab itu di bahu anda untuk kesekian kalinya..I know u can do it my friend..