Monday, July 9, 2012
Mimpi dia lagi...
Yerrr.....malam kelmarin, sy mimpikan awk lg....ya Tuhanku, rasa bukan mimpi sgt2....rasa awk mmg wujud jerr....byk yg kita bualkan dalam mimpi kita tu, awk antar pic kat sy, kita sembang2 mcm biasa....
Sy pun xtau naper sy byk mimpikan awk sejak akhir2 ni?
Mungkin sbb sy terlalu rindukan awk, yer sy rindukan awk sgt2!!
Reza? siapa Reza dalam mimpi sy tu? Awk gtau jumpa ngn Reza dah. Tapi sy xtau dari mana wujudnya watak Reza dlm mimpi sy tu. Ingat lah jgn rosakkan hati org yg mencintai awk tau....kerana ia sesuatu yang amat menyakitkan......
Thursday, July 5, 2012
Di sini kita bertemu lagi
Awak....
Sy berharap sgt agar awk baca apa yg sy postkan kat sini,sbb sy sendirian sgt2....
Sy xtau nk kata apa lagi....
Kenapa sy merindui awk sgt2? Sy bagai nk gila tiap saat fikirkan awk, sy rindu sgt2...sy cuba hapuskan semua itu tp belum sy mampu lagi, belum sy dapat lagi.
Masa saat sy susah dlu awk byk bg nasihat dan cuba sedaya tuk tolong sy, awk xpernah nk marah sy teruk sgt, sy yg ego dgn diri sendiri, awk mmg keturunan org baik2....sy xnafikan semua itu, sbb sy kenal hati dan budi awk....
Sy rindukan awk sgt :'( !
Sy salu berdoa agar Tuhan dapat melupuskan perasaan rindu ini pd awk.....Sy x sanggup lagi di sini menanggung rindu ini, sy berpura2 sedangkan hati sy merindui awk sgt2....Sy sanggup hidup sendirian tanpa cinta, kerana sy percaya cinta sy hanya pd awk seorg, tiada yg dapat menggantikan tempat awk.
Awk skrng ni sy sibuk sgt nk buat assgnment, kalau lah awk ada dlu mmg pasti sy akan mintak tolong ngn awk, awk xde banyak alasan tuk tolong sy, awk cuba sedaya upaya....tiap kali mengenangkan perkara tu, hati sy tersenyum....baiknya awk!
Baiklah, nanti sy sambung lagi yerr awk.....salam kat awak yerr.... Miss U so much!
Sunday, June 24, 2012
Sepi
Arini, sy teringin sangat menjengah fb awk.....yerr sy teringin sangat, lantas jemari sy menaip seperti biasa emel awk pada ruang ID dan sy tau password yang awk guna....sbb antara kita memang tiada rahsia dulu...kita kongsi bersama semua susah dan senang.....terus sy lihat satu persatu post awk kat fb...tp semua post lama....hurmmm sy jenguk kat peti mesej...nahhhh sy tau awk dah berpindah....sedih hati sy, tp apakan daya itu hak awk....tinggallah kenangan yang cukup byk di rumah tu dulu bila bersama ngn awk.....sangat byk....tapi sy tetap mengukir senyuman bila mana sy teringat kisah kita bila bsama....kelakar bila duk ngn awk....masih ingat lagi masa kita sambut bday sy? Masih sy simpan gambar awk terpalit kek d pipi....kita bergurau...Terima Kasih atas kek itu dulu....awk pinjam duit member semata2 nk bli kek untuk sy.....baiknya hati awk :) byk lah kenangan kita bersama....semuanya kenangan manis2.....nnt sy ceritakan di sini yerr.....sy off dulu awk....

Saturday, June 23, 2012
Aku berubah
Telah kau pergi aku menghukum diri. Aku berjanji tak akan setia di sini seerti selalu, aku berjanji ngn diri sendiri andaikata lah prg yg menggantikan tempatmu ego, aku xkan berpaling, kerana bagi aku dia tidak layak bsama aku. Aku nak dia jaga aku itu jerrr,,,,
Thursday, June 21, 2012
Sendirian
Baru saja ku belek2 gambar mu, terkenangkan saat manis kita bersama. Menitis air ini, kenapa lah kita begini?
Dulu saat aku kesusahan beginilah dirimu berusaha buat terbaik agar semua dapat aku atasi, tapi aku sendirian , apa yang aku boleh buat aku mendagu dengan Tuhan. Tiada yang menolong aku tika susah begini. Bagaimana?
Andai kau masih ada dulu, tentu kau bersama mencari jalan untuk aku.Masihku ingat lagi saat aku dalam kepayahan kau berhempas pulas untuk mencari jalan penyelesaian bagi aku. Dan aku amat berterima kasih atas semua pengorbanan yang kau curahkan.
Terlalu banyak ranjau yang aku hadapi bila kau telah pergi, kadang aku rasa tak sanggup, tapi aku teruskan untuk secebis kenangan yang pernah kita bina dulu. Dan kenangan itu terus mekar, biar pun tidak seindah waktu kita bersama. Aku terpaksa memikul sendirian kenangan itu.
Kenangan itu selalu aku pikul dengan air mata :'(
Aku masih mencari-cari tika kau tinggalkan aku sendirian.
Manakan dapat aku cari ganti dirimu?
Pedihnya hidup sendirian begini, sangat2 pedih dan terasa kosong. Tapi aku tau yang kau tak akan kembali. Dan aku terima hakikat tu.
Berikan lah aku kekuatan, berikanlah ya Tuhanku. Tolonglah aku melupakan dirinya.
Thursday, May 10, 2012
Awak hari2 sy rindukan awak!
Biarpun kita berjauhan....tapi percayalah bahawasanya....tiap2 hari sy rindukan awak....ya Tuhanku.....apalah silapku?
Aku terus menanti untuk terus merindui segalanya tentang awk....segalanya.....
Ombak Rindu
Begitulah arini, aku asyik nyanyi ajerr.....ape kejadahnyerr kann.....tp lagu jiwang plak.....lantaklah.....muahahaha
seriously, aku rindukan dia sesangat.....sgt2 rindu.....antara bait2 lirik tu aku paling suka bait ini....
"Malam kau bawalah rinduku"
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung.......
bahagian ni cukup indah lirik dia.....best!
Monday, April 16, 2012
Hati terasa sakit
Kalaulah tau apa perasaan ini, kalau lah tau apa yg aku hadapi nescaya kau akan mengerti apa kemahuan ku....tapi aku diamkan diri kerana sengketa akan melanda andai aku terlebih bicara.
Hati kadang kala terasa sakit teramat dengan sikap diri sendiri yang tidak pernah mengerti bahagian diri sendiri. Bila kita melukut di tepi orang, berpada lah, jangan memijak kepala orang. Kelak ia akan membinasakan kita sendiri. Tuntutan kehendak itu memang tinggi, tapi untuk menunaikan kehendak itu mungkin payah. Jadi sekarang ni aku akan cuba untuk mendiamkan diri dan menjalankan kehidupan seperti dahulu.
Lebih seronok dan bahagia aku sendiri begini :) meniti hari tanpa memikirkan hal orang lain, cukup lah aku mengambil berat diri sendiri yang dah sarat dengan masalah. Dan semua tu aku atasi dengan sendiri. Ya! Atasi dengan sendiri lagi. Dulu aku berdua, dia banyak memberi kata semangat kepadaku......walau pun dia meninggalkn aku, aku bangga kerana dia mengajarku erti hidup ini, dia banyak mengajar aku erti kesabaran, terima kasih buat awak..... :)

Rindu?
Sebenarnya aku tidak tahu bila rindu ini membelah kesuma di dada, mungkin kah aku tidak sedar bahawa wujud telah rasa ini disanubariku. Kadang kala monolog pada diri sendiri, bertanya pada keangkuhan diri sendiri, sedangkan ego itu tau dah jawapannya.
Apa yang pasti rindu ini tidak semegah dahulu, rindu ini hanya sepintas menyentuh sanubari dia. Aku berjanji pada diri sendiri lagi, betapa pahitnya menerima kenyataan seperti ini, berjalan bertutup muka, bertopengkan kepalsuan yang dicipta sendiri. Adakah itu untuk kepentingan peribadi, dan hiasan semata mata. Bukan 100% akan aku persembahkan, cuma aku perlu mengikut gerak hati, aku sedar siapa aku.......
Jangan biarkan aku memilih

Sunday, April 15, 2012
Ketika ini
Satu persatulah tinggalkan diriku.....
Namun aku teruskan hidup ini, menongkah arus sendirian lagi, perjalanan ini memerlukan ketabahan, langkah ini memerlukan kecekalan, aku pernah gugur bersama angin rindu, aku pernah hilang arah bersama bayu cinta.
Langit tidak selalunya mendung, Tuhan menurunkan hujan lalu menghadiahkan aku pelangi. Cuma aku berharap pelangi ini sentiasa menerangi jalanku yang sangat memerlukan sinar.
Jangan buat mendung di hatiku....kerana ia sangat menyakitkan. Aku cuma berharap pertemuan kali ini memberikan seribu kemanisan yang berpanjangan. Walau kita berdua sudah pasti tahu akan kesudahan yang tidak akan berpanjangan, tapi perjuangan cinta kini harus diteruskan dan diiring.....
Kekalnya kita untuk bersama mungkin tidak, kerana aku tau keutamaan bukan pada aku, aku hanya singgah sementara, kerana aku bukan akan abadi bersamamu, tapi aku berusaha untuk mengekalkan diri di sudut ini.
Bukan senang menapakkan diri di sini tanpa kelibatmu bersama, seharian disini akan aku lalui seorang diri, betapa aku inginkan seorang yang kekal bersama ku hingga hembusan terakhir, tapi itu mustahil bagi kita dan teramat mustahil. Jika memilikki cinta ini sementara biarlah ia membahagiakan.
Aku ingin sangat dia di sisiku selalu........

Subscribe to:
Posts (Atom)