Pages

Sunday, May 17, 2009

Coretan yang aku runtun dari blog seorang Sahabat-Cikgu Asha

Sahabatku,
Saat kau terbaca coretan ini,ketahuilah olehmu bahawa aku sudah nekad dengan keputusanku untuk meninggalkan pelabuhan yang menjadi persinggahan kita.Aku tak mampu memujuk hatiku lagi untuk terusan memaafi setiap kesalahanmu terhadapku.Rasanya telah beberapa kali aku mencuba untuk meneruskan pelayaranku tanpamu,namun setiap kali itu jua kau menghalangi niatku.Airmataku sudah kering untuk membasuh setiap kelukaan yang tercalar di hati ini.
Sahabatku,
Senja nan berlabuh bagaikan faham resah hatiku..lalu dihantarinya aku pelangi petang yang pernah menjadi saksi cinta kita.Pada pelangi petang telah aku bisikkan segala yang terpendam di hatiku.Suramnya pelangi petang bagai berkongsi derita dengan aku yang semakin lelah menghitung warna kecewa di dalam hidupku.
Coretan ini aku tulis dalam titik airmata yang degil untuk terus menemaniku.Sehingga ke detik ini,aku masih bertanya kepada diriku atas kesalahan apa aku dihukum sebegini rupa.Hukuman yang kau jatuhkan buat aku terlalu perit untuk aku terima.Benar jua kata sang pujangga..pertemuan itu tak ubah seperti dua buah kapal yang saling berpampasan sebelum menuju ke destinasi masing-masing.
Di penghujung bicara ini,aku mohon kemaafan di atas segalanya dan terima kasih jua untuk segalanya.Pintaku usah kau jejaki aku lagi,kerana aku tak mampu untuk menggenggam kecewa buat kesekian kalinya.MAAFKAN aku...


::-Very nice words-::

No comments: