Pages

Wednesday, May 13, 2009

Hadiah Paling Istimewa- puisi sempena 16 Mei

Bertahun lamanya dirimu,
Menerangi kegelapan pedalaman ini,
Sinar kegemilangan mula senyum, bagai mentari pagi,
Biarpun titisan embun rindu menitik pada atap keimananmu,
Engkau tetap mengatur langkah juangmu,
kerana tiada bicara undur dalam diari hidupmu,

aku tersedar dari mimpi malasku,
aku bangkit menuju ke jendela usaha,
menadah ke langit biru jaya,
biarku hembus nafas keyakinan bersama angin cemburu
selagi dirimu berada di sisi,
aku tetap mendaki gunung ilmu, kerana aku ada tongkat kejayaan,
aku tetap bergalaskan kecemerlangan, aku tahu dirimu adalah hadiah paling istimewa

baktimu tidak pernah pudar dari warna bingkai hatiku,
aku tetap patrikan dan tanam sedalam lautan,
kau tebarkan akar didik pada halaman naluri ini, walaupun pahit,
aku nescaya buahnya cukup manis,
semalam, hari ini esok dan selamanya,
namamu aku pahat pada liang jiwa,
aku tetap simpan bersama lipatan memori,
aku nekad aku tidak persiakan kata-kata hikmatmu,
kerana aku perlu berbekalkan semangat mu bila
di menara gading nanti,

guru,
biru hatimu,
merah semangatmu,
putih jiwamu,

Terima kasih guru…………….kerana kau adalah hadiah paling istimewa

1 comment:

Bingkai Waktu said...

sajak yang menarik...melalui kata-kata yang menarik dan penuh makna..tahniah.